Wednesday, January 9, 2013

JoM!!! kEmBaLi kE seKoLah

"Setiap kali tentu sekali mempunyai kenangan manis akan keterujaan hari pertama di sekolah, kebimbangan untuk memperoleh kenalan-kenalan baru serta berjumba  dengan guru baru. Apabila sekolah bermula tahun ini, 2013, kira-kira 5.3 juta pelajar akan kembali ke bilik darjah masing-masing untuk menimba ilmu demi mencapai masa hadapan yang cerah."

"Marilah kita ucapkan selamat maju jaya kepada mereka semua, tatkala kita berganding bahu dengan para guru dan pendidik seluruhnya dalam menyokong pembangunan anak-anak Malaysia ini mendapat pendidikan yang sempurna."

hurm...sekolah zaman yang baru je putera tinggalkan pada tahun lalu setelah tamat tingkatan 6 @ pra-u....
kalau nak ceritakan.... buat masa ni kita tengok je dulu gelagat murid-murid dan pelajar-pelajar yang meneruskan sesi persekolahan untuk tahun 2013.







erm....putera nak ingatkan juga...dalam kemeriahan kawan2 kita ni mendaftar persekolahan dan meneruskan sesi pembelajaran...masih ada yang berada dalam kesusahan....
tambahan peristiwa banjir yang berlaku di kawasan negeri pantai timur Malaysia....

Sebanyak 31 sekolah di Terengganu tidak dapat memulakan penggal baharu sesi persekolahan yang bermula hari ini (1 Januari 2013) yang menjejaskan 12,000 pelajar akibat banjir gelombang kedua yang melanda negeri ini semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, daripada 31 sekolah yang terbabit, 23 adalah sekolah rendah dan lapan sekolah menengah. Simpati dengan kawan2 kita kan yang berada di pantai timur...

Beliau berkata, daerah Hulu Terengganu mencatatkan jumlah terbanyak membabitkan 13 buah sekolah diikuti daerah Besut sebanyak 12 buah dan masing-masing tiga sekolah di Kemaman dan Setiu.

Katanya, sebab sekolah berkenaan ditutup ialah sama ada dinaiki air, menjadi pusat pemindahan sementara, masih dalam proses pembersihan selepas dijadikan pusat pemindahan dan terputus hubungan.

Beliau berkata, sekolah yang dinaiki air ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Lubuk Periok, SK Tengku Ampuan Intan, Sekolah Menengah Agama (SMA) Mahmudiah dan Sekolah Menengah Imtiaz Kuala Berang, kesemuanya di Hulu Terengganu.

“Lain-lain sekolah iaitu SK Pasir Akar, SK Tok Raja, SK Bukit Jerok, SK Alor Keladi, SK Kampung Nangka, SK Tok Dor dan SK Keruak di daerah Besut,” katanya kepada pemberita selepas melawat pelajar baharu di SK Tok Jembal di sini sempena pembukaan penggal persekolahan 2013 hari ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Pelajaran Hashim Mohd Zin.

Katanya, sekolah yang masih menjadi pusat pemindahan sementara ialah SK Anak Ikan di Setiu, SK Seri Payong dan SK Tenang di Besut.

Beliau berkata, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Mentok di Kemaman ditutup bagi proses pembersihan selepas menjadi pusat pemindahan banjir sebelum ini.

Sekolah yang terputus hubungan di Hulu Terengganu ialah SK Kuar, SK Felda Tersat, SK Bukit Taduk, SK Matang, SK Tengkawang, SMK Menerong, SMK Matang dan SMK Jenerih, di Kemaman ialah SK Padang Kubu, SK RKT Seberang Tayor, di Setiu ialah SK Pak Ba dan SK Sungai Las manakala di Besut ialah SMK Bukit Payong dan SMK Putera.

“Sehingga ini kita tidak tahu sampai bila sekolah-sekolah berkenaan akan dibuka kerana ia bergantung keadaan banjir yang melanda. Kita harap banjir gelombang kedua ini cepat surut.

“Mana-mana sekolah yang ditutup itu, ia akan buat penggantian pada hari Sabtu,” katanya.

Katanya, ibu bapa boleh menghubungi sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai sekolah anak-anak mereka.

Sementara itu, Hashim berkata, seramai 19,878 murid mendaftar bagi memulakan Tahun Satu bagi 2013 di 350 buah sekolah di seluruh negeri.





No comments:

Post a Comment