"Hakikat kematian menunjukkan, ingatan itu berpanjangan ataupun separuh jalan..."
PRINSIP Hidup mengingati dan di ingati...
Kami
sudah berjiran hamper dua tahun, tetapi berbual lama. Kebetulan, hari itu cuti
umum. Saya melihat dia duduk dihadapan rumah seorang diri.
Lambaian tangan saya disambut senyuman manis. Dia memanggil
sayaa denga bahasa tanganya. Itu pertama kali saya ke rumahnya selepas dua
tahun disini.
Dia mempelawa saya menikmati segelas air suam yang
dihidangkan. Saya yang datang sebagai tetamu dirumahnya pada petang itu berasa
kekok dan janggal dengan layanan yang diberi.
Apakah tetamu dihidangkan dengan segelas air suam sahaja?
Dia dapat melihat kejanggalan yang terpamer pada wajah
dan gerak tubuh saya.
Dia tersenyum sahaja, “Jemputlan minum air itu,”
pelawanya tanpa mempedulikan respons saya.
“Mahu air teh? Saya boleh sediakan.” Dia bertanya samba melihat
saya meminum hampir separuh gelas air suam.
Saya mengangguk. “ Boleh sahaja.”
Dibuka pek yang mengandungi 12 uncang teh. Dimasukkan satu
uncang ke dalam cawan. Air panas dicurah perlahan. Bau teh dan tekstur warnanya
kelihatan jelas. Saya sudah tidak sabar menikmati the yang dihidangkan.
“Silakan,” dia mempelawa saya minum bersama.
Sekali lagi saya berasa aneh dengan sikap jiran ini. Dia mempelawa
minum teh, tetapi tidak memasukkan sesudu gula sebagai pemanis. Mungkin dia
menyangka tetamunya menghidap penyakit kencing manis. Mungkin kerana itu dia
mempelawa saya minum air suam dan teh tanpa gula.
Jiran itu kemudian bertanya, “Mahu gula?”
“Ya, sesudu sudah mencukupi,”balas saya. “Aduh, barulah
terasa enak hidangan teh ini,” kata saya sambil menghirup perlahan-lahan.
“Sekiranya mahu rasa enak, campur sedikit susu cair. Ia tidak
manis, tetapi teh susu cair lebih pekat tanpa rasa manis keterlaluan,”
pelawanya.
Jawab saya segera, “Ya, benar. Itulah resepi di
warung-warung kopi,” sambil menyuakan cawab unutuk diisikan sedikit susu cair.
Selesai minum teh, kami kembali berbincang. Walaupun kami
lama berjiran, tetapi kami jarang bertemu muka. Makin lama makin dilupai
sekiranya tidak bertegur sapa.
“Bagaimana cara supaya kita sentiasa diingati?” Saya
bertanya apabila mengenangkan sekiranya dia berpindah dan saya bertemu jiran
baru pula selepas ini.
Dia menjawab dengan bertanyakan soalan, “Saya pelawa
tetamu saya sekadar air suam, kemudian teh tanpa gula. Kemudian saya isikan
gula sedikit dan sedikit susu cair. Apa perasaan sauadari?”
Saya menjawab, “Sudah
pasti semakin lama rasanya semakin sedap. Mula-mula tawar, kemudia manis
sedikit, dan rasa lemak susu cairnya.” Tangan kanan saya msih memegang cawan
yang berisi.
“Jiranku, begitulah diri kita akan diingtai,” kata wanita
itu.
Dahi saya berkerut, tidak dapat memahami maksudnya.
“Bagaimana?”
“Ingatan seseorang dating daripada pelbagai sumber. Apakah
diadun seimbang semua sumber itu, semakin kuat, matang dan semakin mendalam
ingatan itu. Ia tidak berdiri tanpa unsur-unsur lain yang dating melengkapinya.
Ingatan kita kepada seseorang yang kosong isinya, rasanya samalah seperti air
suam tadi. Ingatan yang matang dan mantap isinya, samalah seperti secawan teh
yang lengkap segala macam isinya,” jawabnya panjang lebar.
Saya bertanya dalam nada jenaka,”Dari mana datangnya gula
dan susu yang memekatkan lagi adunan teh ingatan?”
Dia mengeluarkan sekeping kertas dan dilakarkan sebuah
imej, sama seperti gelas. Dibahagikan isi gelas itu kepada beberapa bahagian.
Kemudian, dia memberi tujuh pesanan penting kepada
tetamunya sambil mengetuk mata pen lakarannya, “Ketahuilah saudaraku, ingatan
kita kepada seseorang berkembang kerana adanya mana-mana tujuh ciri ini.”
Ilmu
pengetahuan
|
Rekod kejayaan
|
Pengalaman
|
Kebolehan
|
Rangkaian
|
Gerak hati
|
Karakter
|
Wanita itu menghirup
sedikit air daripada gelasnya dan memandang saya, “Masih ingat nama guru
saudari di sekolah?”
Segera saya mengiakan, “Sudah pasti meskipun sudah 21
tahun saya meninggalkan sekolah. Namanya Cikgu Rejab, guru yang mengajar kami
subjek sejarah.”
Mengapa kamu mengingati namanya sehingga sekarang?” soal
wanita itu.
Balas saya, “Saya mengingati kerana dia menjadikan saya
teruja dengan subjek sejarah yang saya sangkakan susah dihadanm oleh fikiran. Malah,
saya masih ingat formula mengingati tarikh yang diajarnya.”
“Bukankah pengetahuannya menjadikan dia diingati sehingga
sekarang?” soalnya lagi.
Saya terdiam.
Wanita itu menigisi cawan saya yang sudah kosong. Kemudian
dia memohon izin, “Boleh saya bertanya lagi?”
Saya mengangguk.
“Masih ingatkah siapakah orang pertama yang menjejaki
bulan?”
“Masih ingat siapakah orang pertama yang mencipta
telefon?”
“Masih ingatkah siapakah Ibnu Sina?”
“Beliau adalah tokoh perubatan Islam, dikenali sebagai
Avicenna di Eropah. Buku perubatan beliau, (Al-Qanun
Fit-Tibb) menjadi rujukan.
“Bagaimana kamu dapat mengingati semua ini?”
“Sudah pasti kerana kejayaan mereka.” Yakin jawapan yang
saya berikan.
Wanita itu mengangguk, menunjukkan perkataan pengetahuan
dan kejayaan pada lakaran. Kemudian, dia menunjukkan kelima-lima jarinya,
maksudnya ada lima lagi tidak dihuraikan.
Wanita itu kembali bersuara, “Jiranku, dalam kehidupan
ini, kita akan bertemu dengan orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Itu baru dua,
belum selebihnya. Lihat dan renugkan . pelajari dan ambilsebagai pelengkap. Mudah-mudahan
dalam diri berkembang menjadipemudah cara hidup kita dengan orang lain.”
Sebaris
senyuman daripadanya yang menunjukkan keyakinan yang saya dapat lakukannya.
Belum lama senyuman itu dibibir, cepat-cepat dia
menyambung, “Ingatan itu tanda kita juga berpengaruh.”
>> manusia dingati kerana tujuh perkara. diingati kerana ilmu pengetahuan, rekod kejayaan yang dikecapinya, pengalaman terdahulu, kebolehan yang mencipta keterujaan, rangkaian yang dikenali, kebolehan yang mencipta keterujaan, rangkaian yang dikenali, karakternya yang menarik, dan gerak hati yang mengatakan, " Ada sesuatu yang menarik berkenaan dirinya..."
No comments:
Post a Comment