Barangkali ramai yang mengatakan kreativiti dalam kalangan kanak2 sebagai bakat semualajadi, sama ada mereka memilikinya atau sebaliknya. Sebagaimana diketahui, tidak semua kanak2 itu sama bijak, kanak2 juga tidak sama tahap kreativiti mereka.
Tetapi sebenarnya, kreativiti lebih kepada satu kemahiran berbanding bakat semula jadi. Hal ini bermakna, ia satu kemahiran berbanding bakat semulajadi dan dari itu ibubapa boleh memupuk kemahiran tersebut.
Dalam setiap yang kita lakukan, kreativiti adalah satu kompenen penting, malah merupakan satu kemahiran teras untuk dilatih bersama si kecil.
Tambahan pula, kreativiti tidak terhad kepada luahan artisitik dan muzik, tetapi juga penting untuk kecerdasan dalam bidang sains, matematik, sosial dan emosi.
Lazimnya, orang yang kreatif lebih fleksibel dan bijak menyelesaikan masalah yang menjadikan mereka lebih mudah menyelesaikan diri dengan kemajuan tekjnologi serta menangani sesuatu perubahan.
Ramai penyelidik percay masyarakat kini banyak mengubah pengalaman kanak2 yang membantukan perkembangan kreativiti mereka. barang permainan contohnya dihasilkan dengan pelbagai aksesori sehinggakan si kecil tidak perlu menggunakan imaginasi mereka. Misalnya, mereka tidak perlu lagi membayangkan sebatang kayu sebagai pedang bercahaya kerana banyaknya pedang permainan yang dilengkapi pelbagai alat di pasaran.
Justeru, ada bebrapa cara untuk memupuk kreativiti dalam kalangan anak2 misalnya;
- sediakan persekitaran yang membolehkan anak2 meneroka dan bermain tanpa kekangan.
- sesuaikan diri dengan idea dikemukakan si kecil, bukannya mengubah ideamereka untuk disesuaikan dengan kehendak orang dewasa. apabila anak2 bercakap mengenai ideamereka, biarkan mereka meneroka pelbagai kemungkinan, daripada idea popular sehinggalah ide tulen mereka sendiri.
- menyelesaikan masalah secara kreatif. anda boleh mengambil contoh masalah yang berlaku secara semulajadi setiap hari dan beri peluang kepada si kecil itu menyelesaikannya secara kreatif.
No comments:
Post a Comment