*semua yang ditulis berdasarkan pembacaan dan kajian jangka pendek yang dilakukan oleh saya Putera Eyone (Pemilik Blog) segala fakta yang bercanggah adalah tidak disengajakan dan semua ini adalah penulisan hasil pembacaan.
Lembaran Daun : Anyaman.
Pengenalan
Sejak
300 tahun yang lalu, seni anyaman merupakan seni kraf Malaysia dan dipercayai
seni kraf tangan anyaman ini muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar.
Kebiasaannya kaum wanita akan melakukan aktiviti mengayam ini semasa waktu
senggang da nada juga yang menjadikan aktiviti mengayam tersebut sebagai mata
pencarian utama. Kebanyakkan hasil kraftangan anyaman ini dijadikan untuk
kegunaan sendiri atau dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang.
Walaupun
kebanyakkan aktiviti mengayam ini dilakukan oleh kaum wanita, namun kaum lelaki
turut membantu kaum wanita untuk membantu dalam aktiviti memotong, menetak dan
memproseskan daun. Kemahiran asas dalam seni anyaman tidak berbeza, Cuma
bergantung kepada jenis tumbuh – tumbuh untuk dijadikan bahan anyaman
seperti hasil rimba; buluh, rotan,
pandan, mengkuang dan ribu – ribu menyumbang. Kesemua ini menyumbang kepada
keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia.
Sejarah Anyaman
Sehingga
ke hari ini, seni anyaman milik masyarakat Melayu adalah sesuatu seni yang
masih dikagumi sepertimana seni ini menjadi aktivi yang menjadi minat
masyarakat Melayu dahulu. Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu dahulu
menggunakan seni kraf di dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kelihatan
pada rumah – rumah mereka di mana dinding rumah mereka turut dianyam dengan
buluh dan kehalusan seni yang dihasilkan masih kukuh dan bertahan sehingga ke
hari ini dengan perubahan aspek penggunaannya yang lebih moden. Bagi melindungi
daripada pengaliran haba dan untuk mengurangkan kepanasan, masyarakat melayu
menggunakan dinding dan atap yang dianyam berasaskan tipah.
Perkara asas yang menjadi keutamaan
dalam mencipta kraftangan anyaman ialah penggunaan tali akar dan rotan di mana
ini telah menjadi usaha sejak dahulu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh
meliar di hutan – hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di
sekitar pasir pantai.
Pelbagai
rupa bentuk kraftangan dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis
tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk – bentuk anyaman dibuat
berdasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan,
kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka
rupa bentuk yang digunakan sehari-harian dan kebanyakkannya ada berkaitan
dengan pekerjaan mereka.
Selain
daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah
daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah.
Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini
merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih
mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756
hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan
tawar dan anyaman daripada bemban.
Proses
menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu
anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan
cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa
meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini
berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang
atau waktu-waktu lapang pada sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi
biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu). Kebiasaannya, aktiviti mengayam
ini dilakukan semasa terdapatnya waktu terluang selepas melakukan kerja – kerja
seharian. Semua hasil bentuk yang dihasilkan memberi kesan kepada hasil anyaman
berdasarkan factor keadaann kondisi semasa.
Rupa
bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini
ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa
bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan
oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan
keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah
bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.
Terdapat
dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai
(motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang
"berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada
susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif.
Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira
lebih 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti
unsur-unsur tumbuhan dan binatang.
Di
sesetengah tempat, kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada
buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di
sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan
bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh,
tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang.
Sebenarnya, tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya
penciptaan kelarai.
Bunga
sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia
akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik
susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas
seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi.
Definisi Anyaman
Secara
ringkasnya anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada
tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan.
Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan,
mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.
Perkembangan Seni Anyaman
Anyaman
merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan
Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni
anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan
keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal
digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka
bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus
(1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman
tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.
Sehingga
kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di
peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh,
Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri
lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak,
Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.
Jenis-Jenis Anyaman
1. Anyaman Mengkuang
– Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain..
2. Anyaman pandan
– Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3. Anyaman Buluh
– Jenis-jenis buluh yang sesuai – Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan
lain-lain
4. Anyaman Rotan
– Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan
lain-lain
5. Anyaman Lidi
– Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor.
6. Anyaman ribu-ribu
– Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba
guna dan lain-lain.
Motif
dan Corak Anyaman Kelarai
Corak anyaman umumnya disebut kelarai. Kelarai dibuat dalam
pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu
sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas
(menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut
kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau
birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.
Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan
masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga,
terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga
cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur,
dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung)
dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada
motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing
dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan,
serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi,
mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan. Berikut
adalah antara contoh – contoh corak kelarai dan motif anyaman yang ada dan
masih digunapakai sehingga kini.
Cara-cara Penyediaan Daun dan
Menganyam
- Proses penyediaan daun
a. Memilih
daun-potong dan buang duri
b. Melayur
daun-atas bara api hingga kekuningan
c. Menjangka-membelah
daun menjadi lebih kecil
d. Melurut-
bagi melembutkan daun
e. Merendam-melunturkan
warna hijau daun selama 3 hari 3 malam
f. Menjemur-daun
dicuci dan dijemur hingga kering
g. Mewarna-guna
warna tradisional atau moden
Proses menganyam
b. Menganyam-bermula
dari melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi.
c. Pepeh-
mematikan anyaman pada tikar
d. Sisip-
lebihan jaluran disisip untuk mengelakkan anyaman dari terburai.
e. Karat-memotong
lebihan jaluran agar nampak kemas dan cantik.
Alatan Anyaman Tikar
Penganyam harus mempunyai beberapa alat kelengkapan semasa proses
penyediaan daun, pewarnaan dan anyaman. Alat-alat yang diperlukan ialah:
Parang
Digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang dari
pokoknya. Ia juga digunakan untuk memotong atau menetak bahagian pangkal dan
hujung daun.
Pisau
a.
Pisau digunakan semasa proses anyaman. Anyaman yang telah disisip
akan meninggalkan lebihan bilah daun dan lebihan itu akan dikerat sebagai
langkah terakhir proses anyaman.
b.
Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang dan
sekeping besi nipis dihujungnya, digunakan untuk membuang duri di bahagian
tulang belakang (mempulur) daun.
c. Tali sabut juga kadangkala digunakan untuk membuang mempulur daun.
Tali sabut ini diikat menjadi bulat dan diletakkan di antara ibu jari dan jari
telunjuk. Daun pandan dan mengkuang akan melalui di antara jari tersebut dengan
kedudukan mempulurnya menghala ke atas.
Jangka
a. Dikenali sebagai sisir kayu/ buluh bermata tajam. Tangkai jangka
diperbuat dari buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai diletakkan dengan
beberapa mata tajam. Jangka mempunyai beberapa saiz tertentu, ia bergantung
pada jumlah serta jarak mata yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan
menghasilkan bilah daun yang kecil dan sebaliknya.
b. Jangka digunakan untuk
mencarik atau memotong daun pandan dan mengkuang menjadi bilah-bilah atau
helaian daun.
Pelurut
a. Pelurut diperbuat dari buluh dan ukurannya adalah antara 17cm
panjang dan empat hingga lima sentimeter lebar.
b. Pelurut digunakan bagi
melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses
penyediaan pelurut.
c. Pelurut juga digunakan
sebelum proses anyaman kerana bilah atau helaian daun yang telah diwarnakan
perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman dilakukan
Penyisip
a. Penyisip diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk yang agak
runcing di bahagian hujungnya
b. Penyisip digunakan
ketika sisipan dilakukan di peringkat proses anyaman.
c. Tujuan sisipan dilakukan
adalah untuk mengelakkan anyaman dari terburai
Tempayan
Tempayan digunakan untuk
merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang
Besen/baldi
Besen/baldi digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau helaian pandan dan mengkuang yang telah diwarnakan akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.
Besen/baldi digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau helaian pandan dan mengkuang yang telah diwarnakan akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.
Pewarnaan cara tradisi
Pewarnaan
cara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan (vegetable dye) seperti
kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu. Warna-warna yang dihasilkan
ialah:
v Kuning -
kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke dalam air mendidih
v Kuning Pinang Masak - buah kesumba India ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air mendidih.
Untuk
warna yang terang, dicampur dengan kapur sireh
v Merah -
proses sama dengan warna kuning pinang masak
v Biru kehitaman -
daun mengkudu digunakan
Pewarnaan cara moden
Pewarnaan
secara moden pula menggunakan penyelup ‘dyestuff’ (Samasa Basic)serta beberapa
bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau
serbuk. Warna-warna yang dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta
teknik pencelupan yang digunakan.
Peringkat
awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna. Ia
kemudiannya dibancuh atau dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuang yang telah
ditongkolkan, dicelup ke dalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang
diperlukan bergantung kepada warna yang dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang
dicelup selama antara 15 hingga 20 minit.
Anyaman Mengkuang
Pandan
dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih
lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya
mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding
dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman
mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.
Proses Menghasilkan Anyaman
Mengkuang
Daun-daun
yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian
umbi pokok. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk
membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun
itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara
unggun api kecil hingga layu.
Melayur
Daun-daun
dilayur atas api atau boleh juga dijemur pada panas matahari hingga benar-benar
kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang
terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada
tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang
diregangkan ibu jari dan jari telunjuk.
Menjangka
Apabila
duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua.
Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan
alat yang dipanggil jangka.
Melurut
daun dan merendam
Daun
diikat dan direndam 2-3 hari. Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu
dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang
cukup kering akan bertukar menjadi putih.
Mewarna
bilah daun dan mencelup warna
Bilah-bilah
mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama
bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular
iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah
diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan
kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual
dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah
dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.
Menganyam
Proses menganyam saji
Cara anyaman dimulakan bergantung
pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman
tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi
tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon
puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung
saji.
Anyaman Rotan (Bakul)
Bahan – bahan untuk anyaman bakul
I.
Rotan
Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan
Lazimnya
berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di kilang-kilang memproses bahan-bahan rotan.
Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai digunakan dalam pelajaran kraftangan .
Rotan putih yang digunakan ialah rotan 2.5cm yang dibelah menjadi halus.
II.
Pengurusan
Rotan
Terdapat
2 jenis rotan putih iaitu rotan putih lembut dan keras. Untuk melembutkan rotan
tersebut, air digunakan dan bahagikan yang keras dengan yang lembut.
Rotan yang keras dijadikan rotan menegak(longitud) dan yang lembut dijadikan
rotan mendatar(latitud).
Alatan menganyam rotan
a.
Pembaris digunakan untuk mengukur
b.
Gunting - boleh gunakan sebarng
gunting
c.
Screw driver digunakan untuk membuka
mata anyaman(lubang anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan
anyaman dan memasangkan pemegang bakul.
Proses dan teknik anyaman bakul
a.
Lagang
Lagang
merupakan ‘tulang’ kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman. Ukuran
panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. Tiap-tiap
satu bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti ‘V’ di bahagian tengah iaitu
tempat sesuatu anyaman bermula.
b.
Anyaman
Melibatkan
3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulam. Dimulai dari
asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika ini anyaman
tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak,
anyaman jenis sulaman digunakan.
c.
Lepih
Dikenali
sebagai ‘anyaman mati’ pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman. Boleh
juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang
dikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti tepi betul, tepi susut,
tepi sepit ketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan tepi tulang belut
d.
Sisip
Proses
ini memerlukan alat ‘penyisip’ bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk
memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan)
masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai
e.
Kerat
Lebihan
atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman Nampak kemas dan
menarik.
Anyaman buluh
Buluh
merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh
yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di
kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai
jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina,
buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting,
buluh perindu dan buluh sembilang.
Bagi
masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu
sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas,
bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi,
sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula
termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah
buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.
Memproses Bahan
Hanya
buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih
dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses
buluh :
Merendam
Mengikut
cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air
asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan
ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan
mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan
bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam
sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam.
Menyalai
Selepas
direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian
buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut.
Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam
anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika
dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai
dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya,
bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.
Anyaman Lidi
Pokok
Kelapa dikenali sebagai okok serbaguna kerana semua bahagianpokok itu
boleh digunakan. Salah satu bahan kraftangan yang diperbuat daripada
pokok kelapa ialah lidi. Berbagai barangan boleh dihasilkan dengan
menggunakan lidi kelapa. Antaranya lekar, bekas telur, bakul, bekas
buah-buahn dan gubahan bunga.
Antara hasil anyaman daripada lidi
Kraftangan
daripada lidi ini dimulakan dengan proses meraut dan mengisit daun kelapa yang
muda dan panjang untuk mendapatkan lidinya. Lidi yang sudah licin,
direbus dengan pewarna dan emudian dijemur hingga kering. Kini lidi itu
sedia dianya mengikut bentuk yang dikehendaki.
No comments:
Post a Comment