Sunday, April 7, 2013

BlOg kReAtIF

Assalammualaikum semua... 
disaat putera membaca dan membelek2 surat khabar Harian Metro, putera ternampak dan terbaca satu kenyataan akhbar mengenai ini....>> 

 <<

putera akan menulis balik apa yang ditulis pada kenyataan akhbar ini...:

MANA BLOG KREATIF?

>Anugerah Blogger Prihatin 2013 dilancarkan oleh Harian Metro bagi melihat idea dan kesungguhan luar biasa remaja menterjemah seni peribadi.

"Daripada hanya duduk, mengira jumlah pelawat yang datang meninjau ruangan peribadi anda, MURSHID EUNOS ingin mengajak pembaca GEN.Y menulis blog untuk pertandingan bagi berkongsi pandangan dan ideologi anda."

Sesuatu paling jelas menceritakan perubahan zaman sekarang adalah interaksi alam maya dalam pelbagai cara menerusi medium berbeza. Salah satu daripadanya adalah penulisan di ruang peribadi, blog yang hari ini makin menjadi 'trend' khususnya buat anak muda.

Meninjau blog seseorang bagi memerhatika keseluruhan identiti penulisnya kerana semua cerita, cetusan pendapat, luahan jiwa dan ideologi individu itu akan dibentangkan secara terbuka.

Macam-macam yang ada hingga sesiapa yang 'kaki blog' boleh ralit berjam-jam membaca. Pandangan dan lepas geram hinggalah ke hobi atau material berguna ada di ruangan peribadi blog.

Lebih 50% anak muda hari ini mempunyai blog peribadi dan semuanya berbeza perspektif penulisan.

Justeru akhbar nombor satu negara, Harian Metro dengan mengangkat objektif menerapkan nilai perikemanusian dalam kalangan anak muda, generasi Y dan membantu golongan minoriti dengan kaedah berbeza, Anugerah Blogger Prihatin 2013 dilancarkan.

Projek ini inisiatif Harian Metro sebagai media mendekati generasi Y secara holistik serta tidak melupakan golongan kurang bernasib baik. 

Dengan keprihatinan Bank Rakyat terhadap komuniti, tajaan sebanyak RM10,000 diberikan dan disampaikan oleh Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, Encik Rosman Mohamed.

Manakala Perdana Leader Fellowship turut membantu dalam perlaksanaan projek ini.

Untuk melahirkan generasi Y yang mempunyai modal insan sempurna masa depan, kebolehan mentafsir dan menilai kepayahan dan kesengsaraan sesuatu komoditi itu amat penting.

Setiap blogger diwajibkan menghasilakan karya dan entri mengenai kerja amal atau aktiviti membabitkan golongan kurang upaya atau anak yatim dan rumah orang tua.

Kreativiti dan keunikkan mereka dalam mengulas atau membuat apa saja berkaitan kerja amal tadi akan dinilai bagi merebut hadiah utama serta penghargaan lain.

Tambah ketua projeknya, Mohamad Redzuan Saib, blogger yang berjaya dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai, trofi dan sijil penghargaan.

Kepada anak muda dan remaja yang berminat bolehlah terus menghubung Mohamad Redzuan Saib di talian > 0137573269 < untuk maklumat lanjut.

jadi kepada blogger2 atau bakal blogger yang membaca apa yang putera tulis ni.. kalau berminat cepat lah menghubungi Encik Mohamad Redzuan Saib ye...

ALAMAK LUPA PULAK....
Ini adalah TERMA & SYARATnya....(baca dengan teliti ye)

1. Terbuka kepada semua blogger dan warganeraga Malaysia berumur antara 18-31 tahun.
2. Penyertaan daripada warga kerja NSTP akan TERBATAL secara automatik.
3. Hasil karya hendaklah ASLI.
4. Karya seharusnya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
5. Peserta boleh menggunakan blog sedia ada.
6. Penggunaan bahasa yang betul akan menjadi satu kelebihan dalam penyertaan.
7. Link entri perlu dihantar kepada >> perdanaleaderfellowship01@gmail.com << dan sertakan nama, alamat, nombor telefon dan umur.
8. Penyertaan mulai dibuka pada 5 April 2013.
9. Tarikh tutup penyertaan 30 April 2013.
10. Pemilihan pemenang akan bermula 1 Mei sehingga 15 Mei 2013.
11. Sebarang terma dan syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan penyertaan tersingkir daripada pertandingan. 
12. Pihak penganjur berhak menukar mana-mana hadiah dengan nilai yang sama.
13. Kpeutusan akhir adalah muktamad dan bantahan tidak akan dilayan.

PERINGATAN PENTING!!!!!
>> Apa yang perlu ada dalam entri/ karya/ post.

1. Karya mestilah asli.
2. Tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
3. Nama pusat jagaan OKU/ anak yatim/ warga emas.
4. Nombor telefon dan nama pengurus pusat jagaan.
5. Bantuan yang diperlukan dan masalah yang dihadapi.
6. Penggunaan bahasa yang betul dan ejaan penuh menjadi satu kelebihan.
7. Sertakan cadangan pertolongan / jenis pertolongan yang anda lakukan sebagai ahli komuniti untuk membantu pusat jagaan berkenaan.
8. Gambar menarik.
9. Pengolahan cerita melebihi 120 patah perkataan.

SEMOGA BERJAYA KEPADA YANG MENYERTAI PERTANDINGAN INI

No comments:

Post a Comment