Sunday, December 12, 2010

~ LiMaU ~

aku tulis pasal ni sebab aku suka limau.... : ) n aku nak kongsi dengan korang semua.

Limau adalah istilah yang digunakan di Malaysia dan Indonesia agak umum untuk buah jeruk.

Terdapat pelbagai jenis limau di dunia seperti :

limau atau juga dikenali sebagai lemon

"Limau Bali"
"Limau kasturi"

"Limau mandarin" yang mungkin mempunyai kulit hijau atau oren;


"Limau manis" adalah jeruk pahit Eropah (walaupun "manis" bererti manis);


"Limau nipis" adalah kapur kunci (Citrus aurantifolia Swingle) kelainan dengan benih;

Khasiat limau nipis?

Rasa masam pada limau nipis dan semua jenis limau lainnya, berperanan pembuang toksin terbesar dibandingkan buah-buah lain. Rasa masam dan unsur pectin yang terkandung di dalamnya membantu menghilangkan racun-racun dalam tubuh. Jika ingin melakukan pembuangan toksin, anda boleh minum segelas besar air yang ditambah dengan perahan limau nipis setiap pagi kemudian diikuti dengan segelas besar air putih setiap jam berikutnya. Jika tidak tahan dengan rasa masamnya, limau nipis boleh digantikan dengan limau biasa.

kadang- kadang proses pembunagan toksin diikuti dengan keluarnya gejala sepeti kulit kering atau sakit kepala. gejala ini berjalan seiring dengan keluarnya racun dari tubuh dan keadaan ini adalah wajar.
namun jika tidak yakin, anda mesti mendapatkan nasihat daripada doktor. selain itu, disarankan agar tidak memakan limau nipis untuk membuang toksin dalam badan ketika tidak sihat kerana keadaan ini boleh memburukkan lagi kesihatan anda.
Tingkat daya tahan tubuh . Menurut buku Food That Harm Food That Heal, meminum air limau ini sebiji sehari, akan meningkatkan daya tahan tubuh dari serangan virus. Vitamin C yang tinggi dari buah ini akan menyediakan antioksidan untuk menjinakkan radikal bebas dalam tubuh. Sementara sejumlah mineral, potasium di alamnya bermanfaat untuk membantu mengatur tekanan darah dan fungsi jantung, serta vital untuk memelihara kelenturan otot dan memperlancar sistem saraf.

Selagi tidak disebabkan oleh jangkitan di tekak atau jangkitan paru yang parah, limau nipis berkesan untuk menghilangkan batuk. Ini kerana beberapa kandungan mineral yang penting pada limau nipis seperti kalsium, pospor, potasium dan besi. Seperti diketahui, besi adalah suatu antioksidan.

Potasium menyeimbangkan tekanan darah menguatkan fungsi jantung. Ada pun pospor memperbaiki metabolisme tubuh. Kombinasi vitamin C dan beberapa mineral tersebut sudah tentu berkesan untuk mengatasi gangguan ringan pada tubuh, seperti masuk angin, yang menyebabkan batuk. Secara tradisional, penggunaan limau nipis sebagai ubat batuk adalah cukup dengan membelah sebiji limau nipis dan dituangkan dengan sedikit kicap di atas hirisan limau tersebut, lalu diperah ke dalam mulut. Penggunaan kicap itu sendiri tidak jelas tujuannya.
Mungkin kicap digunakan untuk mengseimbangkan rasa masam yang sangat kuat dari limau nipis. Kicap dipilih kerana rasa manis yang ditimbulkan juga tidak setajam rasa manis pada gula yang boleh merangsang munculnya batuk. Kombinasi semacam ini umum dijumpai pada ubat-ubat dijual di kedai-kedai ubat Cina.

"Limau Purut"

Khasiat limau purut?

  1. Banyak digunakan dalam masakan dan kosmetik
  2. Buah & daun limau purut dapat mencegah binatang berbisa seperti ular jika diupar-upar.
  3. Untuk menghilangkan bau badan (bagi lelaki la terutamanya budak lelaki) masa mandi gosok limau purut yang telah dibelah dua pada seluruh badan kecuali pada bahagian muka. Amalkan dua kali seminggu. Insya Allah bau badan lelaki yg hamis dan hapak akan kurang dan hilang.
  4. Untuk menghilangkan kelemumur, ramas dan lumurkan limau purut yang telah dibelah pada rambut.
  5. Untuk menegangkan dan melicinkan kulit muka, ambil putih telur ayam kampung dan dicampur dengan perahan air limau purut dan sapukan pada muka macam pakai masker. jangan ketawa atau bercakap semasa memakai ramuan ni nanti kulit berkedut. selepas kering, cuci dengan air suam dan kemudian bilas dengan air biasa (air sejuk/ air paip). amalkan sekali seminggu.
  6. Limau purut sering kali digunakan dalam perubatan tradisi Melayu. Ia juga digunakan sebagai bahan masakan dalam masakan Thai.

No comments:

Post a Comment