Sunday, February 3, 2013

UpSi : PeRHiMpUnAn rAkYaT 1 mAlAySiA & JaMuAn mAkAn MaLaM

Assalammualaikun w.b.t.....
ni semua adalah Program Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia yang bertempat di Padang Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak iaitu pada 5 Januari 2013...
erm.. akhirnya ada gak program yang putera boleh ikut setelah 5 bulan mengadap assignment... kebetulan masa ni dah habis kelas...dapat gak la pergi...siap ada jamuan makan lagi...

Program ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Muhyidin Hj Mohd Yassin dan pemimpin2 Barisan Nasional lain....


dengan niat nak sertai program dan bukannya nak berPOLITIK ye putera pergi...
dalam hati ni memang tak minat la politik2 ni... hehe

Perhimpunan ni kebanyakkan dihadiri oleh masyarakat sekitar Tanjung Malim, warga komuniti Proton yang berpusat di Proton City dan warga UPSI sendiri yang hadir juga mewakili kolej kediaman masing-masing (Kolej Kediaman Harun Aminnurashid-KHAR, Kolej Kediaman Ungku Omar-KUO, Kolej Kediaman Za'ba-KZ dan Kolej Kediaman Aminuddin Baki-KAB)... tak lupa juga dengan kehadiran tetamu dari kaum orang asli.


 suasana di bahagian tempat duduk tetamu dari kaum orang asli..

tpm sendiri yang turun ke tempat agihan makanan, beliau menyeduk makanan untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir pada malam itu.





hurm...ini antara gelagat tpm menyeduk makanan untuk diberikan kepada masyarakat yang hadir pada malam tersebut...
lihatlah muka2 masyarakat yang gembira dengan kehadiran tpm ke majlis perhimpunan ini...
putera lagi gembira sebab dapat berada dihadapan tpm sendiri untuk ambil gambar ini...bangga rasanya...

malam tersebut turut dimeriahkan lagi dengan persembahan dari artis tempatan... kumpulan The Fabulous Cats..tapi yang putera tengok malam tu xda pun kelibat Zizi, Bunga dan Adeep Nahar...masih 4 orang tapi diganti dengan Afif AF9 dan dua laki putera tak kenal...*lama sangat dah tak tengok tb...hehe

ni kumpulan yang datang malam tu...tapi latar belakang bukan di tempat malam tu...hehe
diorang persembahkan dua buah lagu..


antara gambaran persembahan mereka....
nanti putera upload video persembahan diorang...


putera bergambar dengan Afif AF9 dan Cat Farish...

kawan putera, Azri Dolah (FB) dengan salah seorang ahli kumpulan diorang...

ni antara gambran lain suasana program malam tu...





putera xtau bila program malam ni tamat...sebab habis je persembahan The Fabulous Cats putera terus balik..pengacara malam tu ada bagi tau yang malam tu turut dihadiri oleh abang Jamal Abdillah...tapi masa memang tak mengizinkan jadi putera terpaksa balik....

apa yang penting kepuasan melanda diri...hehe...

No comments:

Post a Comment