Assalammualaikum w.b.t....
erm kali ni putera nak kongsi dengan pembaca tentang apa yang
putera temui....
walaupun putera belum berkahwin dan semestinya belum punyai anak
sendiri, tapi adalah baik kita tahu tentang cara mendidik anak2 kita...kelak
atau kini kita akan tetap melaluinya.....
semua ini hanyalah untuk renungan bersama...
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak
dengan tangan dan jangan sesekali mena
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan
nakal dan tak boleh control
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada
kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu
hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas
belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan
rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah
dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik.
Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa
rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan
anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada
anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan
ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan
persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan
(Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman
untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak
yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami
setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan
keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus
membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah
tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka
beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda
dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini
akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan
diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut
harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada
persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali
pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada
sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah
tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa
kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka
adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam
masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada
membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran
mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman
selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang
sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah.
Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada
keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi
kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua
puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula
terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang
mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Insyallah kalau berkesempatan apa salahnya kita melakukan semua
yang tersenarai... putera pun nak amalkan nanti...
No comments:
Post a Comment