Friday, February 22, 2013

CeRiTa : KeRaNa cIuMaN dArI Mu


ALKisah ciuman pagi… ◠‿◠

Sejak kecil saya sering melihat, ayah sebelum keluar dari rumah untuk kerja, ayah akan mencium dahi ibu sambil membisik ‘I love you’ di telinga ibu.

Ibu pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan ayah dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, ibu akan menghantar satu sms untuk ayah bertanyakan sudah ayah makan tengahari.

Bila lepas azar, ibu akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama ayah.

Ibu tidak bertanya apakah ayah malam ini akan pulang makan. Ibu selalu masak dan lepas itu barulah ibu menghantar sms ke ayah bertanya apakah ayah akan pulang untuk makan.

Jika ayah kata ya, ibu akan tunggu sehingga ayah balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu ayah.

Satu malam, ibu bertengkar dengan ayah kerana ayah berkata sesuatu yang ibu tidak suka.

Pada sebelah paginya, ibu tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan ayah. Saya lihat air mata ibu bertakung menunggu untuk tumpah.

Tapi ibu dan ayah tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika ayah keluar pintu rumah, ayah tidak mengucup dahi ibu. Ibu pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada ayah.

Apabila kereta ayah sudah keluar, ibu menangis.

“Ibu, mengapa nangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata ibu yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Ibu balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta berhenti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Ayah patah balik. “Mana Ibu?”

“Dalam bilik.”ujar saya.

Ayah terus ke bilik. Saya mengikut. Ayah terus memeluk Ibu dan mencium dahinya dan membisik ‘Abang Sayang Ayang,’ di telinga Ibu. Ibu dan Ayah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain.

Air mata ibu terus mengalir lagi dan ibu menangis tersesak-esak.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata ayah sebelum beredar balik ke kerja.

Ibu tersenyum semula.

“Ibu tadi menangis pasal ayah ke? Ibu senyum ini pun pasal ayah ke?”

“Anak ibu ini. Ya, ibu menangis dan senyum pun untuk ayah” jawab ibu.

“Ayah ini nakallah, sekejap buat ibu ngangis, sekejap buat ibu senyum,” kata saya.

“Tak. Ayah orang baik. Ibu yang sakitkan hati ayah semalam. Apa yang ibu nak ayah beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan ibu. Ibu merajuk semalam tatkala ayah letih kerja kerana lupa belikan hadiah ulangtahun perkahwinan untuk Ibu. Ayah kata terlupa, Ibu pula terlebih kata ayah tidak menghargai Ibu dan lebih memntingkan kerja dari keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana ayah tak buat demikian, ibu merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila ayah pergi kerja tak cium dahi ibu, ibu menangis bukan kerana ayah, tapi kerana ibu terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan ayah, dan terasa ayah tak sayang kat ibu. Tapi apabila ayah balik mencium dahi ibu, ibu terasa ayah sangat sayang kat ibu dan ibu rasa diri ini amat dihargai, dan ibu sempat memohon maaf pada ayah, sebab itu ibu senyum,” kata ibu.

Saya tak berapa faham kata-kata ibu kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya ayah ketika ibu sudah tidur keletihan.

“Ayah....., mengapa ayah patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Ibu dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila ibu tahu ayah terlupa beli hadiah ulangtahun perkahwinan untuk ibu, ibu terasa hati dan cakap ayah tidak menghargai ibu dan lebih mementingkan kerja dari keluarga. Ayah terguris sedikit, tapi ayah ada ego tak nak mengaku salah".

Masa memandu terfikir bagaimana ibu setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu ayah pulang untuk makan malam bersama, ayah terasa bersalah bertindak kejam pada ibu dengan tidak bersalaman dan mencium dahi ibu. Ayah pulang kerana ayah tahu ibu adalah orang terpenting, nadi dalam hidup ayah dan ayah tak boleh biarkan ibu sedih walaupun sesaat... Anak ayah akan faham bila dah kahwin nanti,” terang ayah.

Kadang - kadang ombak yang melanda ayah dan ibu sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kasih sayang dan cinta dengan orang tersayang, setelah ombak itu reda kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

cerita untuk renungan sentiasa...
Senyum. :)


Monday, February 4, 2013

iLmU : DiDiKLah AnaKmU DeNgAn SebAik-BaIK mUNgKIN.



Assalammualaikum w.b.t....
erm kali ni putera nak kongsi dengan pembaca tentang apa yang putera temui....
walaupun putera belum berkahwin dan semestinya belum punyai anak sendiri, tapi adalah baik kita tahu tentang cara mendidik anak2 kita...kelak atau kini kita akan tetap melaluinya.....
semua ini hanyalah untuk renungan bersama...

1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
mpar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Insyallah kalau berkesempatan apa salahnya kita melakukan semua yang tersenarai... putera pun nak amalkan nanti...


zAmAn KaNaK-kAnAk (PaRt 2) : NaRuTo

kali ni berepisodkan cerita Naruto Shipuddein : Mari kenali mereka....



























iLmU : BaU HaRuMaN BaYi


ADAKAH ANDA PERASAN?


Perasan tak setiap kali kita cium bayi, ada satu bau yang amat wangi dan mendamaikan. Akan tetapi, bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar bulan ke bulan. Tahukah anda bau apa itu?

Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. Rasulullah SAW pernah bersabda : "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga"

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani : Rasulullah SAW pernah bersabda: "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA" BAU WANGI BAYI : ADAKAH ANDA PERASAN?....

Sunday, February 3, 2013

UniK : SiMbOl YaNg kReAtIf

Assalammualaikum w.b.t....
kali ni putera nak kongsikan simbol2 yang boleh korang guna pada Facebook, Twitter, dan seangkatan dengannya...


   ♫   ♪ ♥ ©  ʌ ɗ ɣ ƈ ơ ᴻΔⓩ♏Ӻ¡ ᵜ ᴥ ♚♒ ◠‿◠   ۞ ✌♔ ۩    TM    ®  ░ ƒ ձ ϐ ʅ ε  м а я ƶ w ѕ  
█║▌│█│║▌║││█║▌│║▌║╫█╫  (◕‿◕✿) __̴ı̴̴̡̡̡ ̡͌l̡̡̡ ̡͌l̡*̡̡ ̴̡ı̴̴̡ ̡̡͡|̲̲̲͡͡͡ ̲▫̲͡ ̲̲̲͡͡π̲̲͡͡ ̲̲͡▫̲̲͡͡ ̲|̡̡̡ ̡ ̴̡ı̴̡̡ ̡͌l̡̡̡̡.__ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ   •● ◙ ◄ Ø  ‏   \(´`\) \(´`)/ (/´`)/  к 쇼 ї



semua simbol ni sengaja putera besarkan dalam saiz 24 nanti korang copy and paste pastikan kecilkan dahulu tau...

UpSi : PeRHiMpUnAn rAkYaT 1 mAlAySiA & JaMuAn mAkAn MaLaM

Assalammualaikun w.b.t.....
ni semua adalah Program Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia yang bertempat di Padang Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak iaitu pada 5 Januari 2013...
erm.. akhirnya ada gak program yang putera boleh ikut setelah 5 bulan mengadap assignment... kebetulan masa ni dah habis kelas...dapat gak la pergi...siap ada jamuan makan lagi...

Program ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Muhyidin Hj Mohd Yassin dan pemimpin2 Barisan Nasional lain....


dengan niat nak sertai program dan bukannya nak berPOLITIK ye putera pergi...
dalam hati ni memang tak minat la politik2 ni... hehe

Perhimpunan ni kebanyakkan dihadiri oleh masyarakat sekitar Tanjung Malim, warga komuniti Proton yang berpusat di Proton City dan warga UPSI sendiri yang hadir juga mewakili kolej kediaman masing-masing (Kolej Kediaman Harun Aminnurashid-KHAR, Kolej Kediaman Ungku Omar-KUO, Kolej Kediaman Za'ba-KZ dan Kolej Kediaman Aminuddin Baki-KAB)... tak lupa juga dengan kehadiran tetamu dari kaum orang asli.


 suasana di bahagian tempat duduk tetamu dari kaum orang asli..

tpm sendiri yang turun ke tempat agihan makanan, beliau menyeduk makanan untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir pada malam itu.





hurm...ini antara gelagat tpm menyeduk makanan untuk diberikan kepada masyarakat yang hadir pada malam tersebut...
lihatlah muka2 masyarakat yang gembira dengan kehadiran tpm ke majlis perhimpunan ini...
putera lagi gembira sebab dapat berada dihadapan tpm sendiri untuk ambil gambar ini...bangga rasanya...

malam tersebut turut dimeriahkan lagi dengan persembahan dari artis tempatan... kumpulan The Fabulous Cats..tapi yang putera tengok malam tu xda pun kelibat Zizi, Bunga dan Adeep Nahar...masih 4 orang tapi diganti dengan Afif AF9 dan dua laki putera tak kenal...*lama sangat dah tak tengok tb...hehe

ni kumpulan yang datang malam tu...tapi latar belakang bukan di tempat malam tu...hehe
diorang persembahkan dua buah lagu..


antara gambaran persembahan mereka....
nanti putera upload video persembahan diorang...


putera bergambar dengan Afif AF9 dan Cat Farish...

kawan putera, Azri Dolah (FB) dengan salah seorang ahli kumpulan diorang...

ni antara gambran lain suasana program malam tu...





putera xtau bila program malam ni tamat...sebab habis je persembahan The Fabulous Cats putera terus balik..pengacara malam tu ada bagi tau yang malam tu turut dihadiri oleh abang Jamal Abdillah...tapi masa memang tak mengizinkan jadi putera terpaksa balik....

apa yang penting kepuasan melanda diri...hehe...