Monday, March 28, 2016

MEMBINA AKTIVITI KREATIF

assalammualaikum w.b.t dan salam seni...
kebiasaannya setiap kali program yang dilakukan pasti akan ada ruang lengang yang kita sendiri tidak tahu nak di isi dengan aktiviti apa... 

di sini cikgu akan senaraikan beberapa aktiviti lengang yang boleh dilakukan... bukan waktu lengang sahaja aktiviti ini boleh dijalankan... malah juga boleh dilakukan sebagai LATIHAN DALAM KUMPULAN mengikut objektif aktiviti yang sesuai....

AKTIVITI 1 : DRAWING CLASS

MASA:  15 minit
Peralatan : Kertas lukisan, pen, atau marker pen.

Prosedur:

1.      Fasilitator menyediakan beberapa pilihan kenyataan untuk setiap kumpulan.
2.      Ahli kumpulan perlu memilih kenyataan untuk kumpulan mereka.
3.      Mereka perlu membuat satu barisan.
4.      Fasilitator akan mengarahkan arahan dan peraturan.
5.      Fasilitator membuat rumusan mengenai aktiviti tersebut.

Objektif :
1.      Melahirkan keyakinan diri terhadap kebolehan masing-masing
2.      Melahirkan sifat mempercayai antara satu sama lain.
3.      Meningkatkan daya imaginatif pelajar.

AKTIVITI 2 : BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA.

MASA : 10 minit
Peralatan: Kain Putih ATAU Surat Khabar

Prosedur :

1.      Fasilitator akan cara permainan dimainkan.
2.      Salah seorang ahli kumpulan mereka akan menjadi pesakit.
3.      Dengan menggunakan kain atau surat khabar, mereka hendaklah membalut kecederaan mangsa yang mengalami patah.
4.      Kumpulan dibenarkan untuk memilih bahagian mana yang mengalami kecederaan patah.
5.      Fasilitator akan melihat cara mereka mengikat.
6.      Memberi arahan supaya ikatan jangan dibuka sehingga habis checkpoint.
7.      Mangsa patah akan tetap berlakon mengalami kecederaan patah sehingga akhir checkpoint.

Objektif :
1.      Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan
2.       Kepatuhan kepada arahan.
3.      Membina kecergasan mental dan fizikal.
4.      Melahirkan sikap tanggungjawab dalam kumpulan.

AKTIVITI 3 : HARI KELUARGA

MASA : 10 minit
Peralatan : kertas A4, gambar haiwan

Prosedur :

1.      Fasilitator akan menerangkan tentang permainan tersebut.
2.      Mereka perlu mencari kenyataan sampul yang tersembunyi.
3.      Dalam sampul tersebut mempunyai gambar bagi setiap kumpulan yang tertentu.
4.      Apabila mereka menjumpai sampul yang mengandungi gambar yang menunjukkan iedentiti kumpulan mereka, mereka hendaklah memanggil ahli kumpulan lain dengan menggunakan isyarat bunyi kumpulan masing-masing. Jika kumpulan ayam, mereka hanya dibenarkan berkomunikasi dengan mengeluarkan bunyi ayam sahaja.
5.      Mereka perlu membunyikan serentak bunyi kumpulan apabila menjumpai gambar kumpulan mereka sendiri.
6.      Syarat utama dalam aktiviti ini ialah, mereka dibenarkan untuk menggunakan bunyi haiwan untuk berkomunikasi.

Objektif:
1.      Meningkat semangat kerjasama dalam kumpulan
2.      Mematuhi arahan dan bertindak dengan cergas.
3.      Mewujudkan nilai idea yang kreatif dan kritis dalam kumpulan.
AKTIVITI 4 :  JANGAN LUPA LIRIK
Masa : 10 minit
Peralatan : radio, ATAU telefon bimbit
Prosedur :
1.      Fasilitator menyediakan lirik lagu BSMM yang telah dikosongkan beberapa lirik.
2.      Fasilitator memutarkan lagu BSMM kepada peserta.
3.      Peserta menyanyikan lagu BSMM namun harus menanyikan lirik lagu yang telah dikosongkan.
Objektif :
1.      Menguji daya ingatan pelajar.
2.      Menilai tahap kerjasama kumpulan yang ditunjukkan oleh para pelajar.
3.      Tahap kesihatan pelajar dari aspek pendengaran dan percakapan.

AKTIVITI  5 :  USUNG , REBAH, DAN SAMBUT – SPIDER WEB

Masa : 20 minit
Peralatan : tali, kayu palang

Prosedur :

1.      Fasilitator menyediakan sarang labah-labah dengan mengikat pada 2 batang tiang menggunakan talia raffia.
2.      Fasilitator memberi arahan dan penerangan kepada peserta.
3.      Peserta akan mengangkat ahli kumpulannya yang lain untuk merentasi sarang labah-labah tersebut.

Objektif :
1.      Membentuk kumpulan untuk bekerjasama.

AKTIVITI 6 ; TELUR DI HUJUNG TANDUK
Masa : 15 minit
Peralatan : tali, botol berisi air

Prosedur :

1.      Fasilitator memberikan setiap perserta tali raffia dengan panjang yang berbeza.
2.      Setiap kumpulan diberikan satu botol mineral yang diisi dengan sedikit air.
3.      Peserta perlu mengangkat botol tersebut dengan tali yang diberikan tanpa mengikat tali pada botol tersebut.

objektif :
1.      Memupuk sifat bekerjasama pada diri peserta.
2.      Mendidik sifat kemahiran berfikir dan kreatif dalam diri peserta.

 AKTIVITI 7 : GAYA DIRI

Masa : 10 minit
Peralatan : - TIADA –

Prosedure :

1.      Fasilitator menerangkan cara bermain.
2.      Setiap kumpulan dikehendaki membina satu trademark kumpulan masing-masing.
3.      Persembahkan kepada fasilaitator sehingga fasilitator berpuas hati.

Objektif :
1.      Memahirkan pelajar untuk menggunakan daya imaginasi dan kreativiti untuk menyelesaikan masalah.
2.      Dapat mengenalpasti tahap kecerdasan para pelajar dalam usaha menyelesaikan masalah.

AKTIVITI 8 : INSPEKTOR GADJET

Masa : 15 minit
Peralatan : Lidi sate, tali

Procedure :

1.      Fasilitator menerangkan cara permainan di mainkan.
2.      Setiap kumpulan diberikan sebanyak 15 batang lidi dan tali.
3.      Pelajar di arahkan membuat satu atau lebih gadjet dengan menggunakan semua batang lidi yang diberikan untuk membina dengan menggunakan tali untuk mengikat.
4.      Gadjet hendaklah kukuh dan stabil.
5.      Gadjet hendaklah dibawa bersama untuk ke checkpoint seterusnya.

Objektif :
1.      Memahirkan pelajar untuk menggunakan daya cipta dan kreativiti untuk menyelesaikan masalah.
2.      Dapat mengenalpasti tahap kecerdasan para pelajar dalam usaha menyelesaikan masalah.
3.      Mempertingkatkan kemahiran membina gadjet sebelum ini.

 AKTIVITI 9 : BERSUSUN BIAR 2, BERGERAK BIAR SAMA.

Masa : 15 minit.
Peralatan : -TIADA-

Prosedur :

1.      Fasilitator menerangkan cara melakukan aktiviti ini.
2.      Fasilitator akan menyebut “BERSUSUN BIAR 2, BERGERAK BIAR SAMA” dan pelajar dikehendaki memberikan jawapan bagi kenyataan ini.
3.      JAWAPANNYA ialah KAWAD
4.      Jika pelajar berjaya menjawab kenyataan ini, kumpulan tersebut dikehendaki mengutip sampah dikawasan sekolah sehingga penuh plastik yang disediakan dalam masa 5 minit, jika kumpulan tersebut tidak berjaya mengumpulkan sampah sepenuh plastik tersebut, kumpulan tersebut didenda untuk berkawad, dan sebaliknya jika mereka berjaya.
5.      Jika kumpulan tersebut memberikan jawapan yang salah, mereka dikehendaki berkawad dari satu kawasan yang ditetapkan.

Objektif :
1.      Menguji daya ketahanan para pelajar.
2.      Menguji kemahiran para pelajar berkawad.
3.      Membantu dan menggalakkan para pelajar untuk melakukan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran daripada berlakunya pencemaran.

AKTIVITI 10 : SIMPULAN ABADI

Masa : 10 minit
Peralatan : tali kasut, neck tie

Prosedur :

1.      Fasilitator menerangkan cara bermain permainan ini.
2.      Ketua kumpulan dikehendaki memilih sampul yang diberikan.
3.      Fasilitator mengarahkan para pelajar untuk mengikut arahan gambar untuk memulakan ikatan yang disediakan. (tali kasut)
4.      Fasilitator mengarahkan hanya pelajar perempuan untuk melakukan aktiviti ini. (neck tie) dan pelajar lelaki hanya dibenarkan memberi arahan.
5.      Tunjuk kepada fasilitator.

Objektif :
1.      Memahirkan pelajar untuk menggunakan daya cipta dan kreativiti untuk menyelesaikan masalah.
2.      Dapat mengenalpasti tahap kecerdasan para pelajar dalam usaha menyelesaikan masalah.
3.      Menguji kepekaan pelajar dalam menyelesaikan masalah.


SEKIAN TERIMA KASIH... SELAMAT MENCUBA....

No comments:

Post a Comment