Sunday, April 7, 2013

BlOg kReAtIF

Assalammualaikum semua... 
disaat putera membaca dan membelek2 surat khabar Harian Metro, putera ternampak dan terbaca satu kenyataan akhbar mengenai ini....>> 

 <<

putera akan menulis balik apa yang ditulis pada kenyataan akhbar ini...:

MANA BLOG KREATIF?

>Anugerah Blogger Prihatin 2013 dilancarkan oleh Harian Metro bagi melihat idea dan kesungguhan luar biasa remaja menterjemah seni peribadi.

"Daripada hanya duduk, mengira jumlah pelawat yang datang meninjau ruangan peribadi anda, MURSHID EUNOS ingin mengajak pembaca GEN.Y menulis blog untuk pertandingan bagi berkongsi pandangan dan ideologi anda."

Sesuatu paling jelas menceritakan perubahan zaman sekarang adalah interaksi alam maya dalam pelbagai cara menerusi medium berbeza. Salah satu daripadanya adalah penulisan di ruang peribadi, blog yang hari ini makin menjadi 'trend' khususnya buat anak muda.

Meninjau blog seseorang bagi memerhatika keseluruhan identiti penulisnya kerana semua cerita, cetusan pendapat, luahan jiwa dan ideologi individu itu akan dibentangkan secara terbuka.

Macam-macam yang ada hingga sesiapa yang 'kaki blog' boleh ralit berjam-jam membaca. Pandangan dan lepas geram hinggalah ke hobi atau material berguna ada di ruangan peribadi blog.

Lebih 50% anak muda hari ini mempunyai blog peribadi dan semuanya berbeza perspektif penulisan.

Justeru akhbar nombor satu negara, Harian Metro dengan mengangkat objektif menerapkan nilai perikemanusian dalam kalangan anak muda, generasi Y dan membantu golongan minoriti dengan kaedah berbeza, Anugerah Blogger Prihatin 2013 dilancarkan.

Projek ini inisiatif Harian Metro sebagai media mendekati generasi Y secara holistik serta tidak melupakan golongan kurang bernasib baik. 

Dengan keprihatinan Bank Rakyat terhadap komuniti, tajaan sebanyak RM10,000 diberikan dan disampaikan oleh Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, Encik Rosman Mohamed.

Manakala Perdana Leader Fellowship turut membantu dalam perlaksanaan projek ini.

Untuk melahirkan generasi Y yang mempunyai modal insan sempurna masa depan, kebolehan mentafsir dan menilai kepayahan dan kesengsaraan sesuatu komoditi itu amat penting.

Setiap blogger diwajibkan menghasilakan karya dan entri mengenai kerja amal atau aktiviti membabitkan golongan kurang upaya atau anak yatim dan rumah orang tua.

Kreativiti dan keunikkan mereka dalam mengulas atau membuat apa saja berkaitan kerja amal tadi akan dinilai bagi merebut hadiah utama serta penghargaan lain.

Tambah ketua projeknya, Mohamad Redzuan Saib, blogger yang berjaya dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai, trofi dan sijil penghargaan.

Kepada anak muda dan remaja yang berminat bolehlah terus menghubung Mohamad Redzuan Saib di talian > 0137573269 < untuk maklumat lanjut.

jadi kepada blogger2 atau bakal blogger yang membaca apa yang putera tulis ni.. kalau berminat cepat lah menghubungi Encik Mohamad Redzuan Saib ye...

ALAMAK LUPA PULAK....
Ini adalah TERMA & SYARATnya....(baca dengan teliti ye)

1. Terbuka kepada semua blogger dan warganeraga Malaysia berumur antara 18-31 tahun.
2. Penyertaan daripada warga kerja NSTP akan TERBATAL secara automatik.
3. Hasil karya hendaklah ASLI.
4. Karya seharusnya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
5. Peserta boleh menggunakan blog sedia ada.
6. Penggunaan bahasa yang betul akan menjadi satu kelebihan dalam penyertaan.
7. Link entri perlu dihantar kepada >> perdanaleaderfellowship01@gmail.com << dan sertakan nama, alamat, nombor telefon dan umur.
8. Penyertaan mulai dibuka pada 5 April 2013.
9. Tarikh tutup penyertaan 30 April 2013.
10. Pemilihan pemenang akan bermula 1 Mei sehingga 15 Mei 2013.
11. Sebarang terma dan syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan penyertaan tersingkir daripada pertandingan. 
12. Pihak penganjur berhak menukar mana-mana hadiah dengan nilai yang sama.
13. Kpeutusan akhir adalah muktamad dan bantahan tidak akan dilayan.

PERINGATAN PENTING!!!!!
>> Apa yang perlu ada dalam entri/ karya/ post.

1. Karya mestilah asli.
2. Tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
3. Nama pusat jagaan OKU/ anak yatim/ warga emas.
4. Nombor telefon dan nama pengurus pusat jagaan.
5. Bantuan yang diperlukan dan masalah yang dihadapi.
6. Penggunaan bahasa yang betul dan ejaan penuh menjadi satu kelebihan.
7. Sertakan cadangan pertolongan / jenis pertolongan yang anda lakukan sebagai ahli komuniti untuk membantu pusat jagaan berkenaan.
8. Gambar menarik.
9. Pengolahan cerita melebihi 120 patah perkataan.

SEMOGA BERJAYA KEPADA YANG MENYERTAI PERTANDINGAN INI

Friday, April 5, 2013

ILmU : lEmBaRaN DaUn > aNyAmAn


*semua yang ditulis berdasarkan pembacaan dan kajian jangka pendek yang dilakukan oleh saya Putera Eyone (Pemilik Blog) segala fakta yang bercanggah adalah tidak disengajakan dan semua ini adalah penulisan hasil pembacaan.

Lembaran Daun : Anyaman.

Pengenalan

Sejak 300 tahun yang lalu, seni anyaman merupakan seni kraf Malaysia dan dipercayai seni kraf tangan anyaman ini muncul dan berkembang tanpa pengaruh luar. Kebiasaannya kaum wanita akan melakukan aktiviti mengayam ini semasa waktu senggang da nada juga yang menjadikan aktiviti mengayam tersebut sebagai mata pencarian utama. Kebanyakkan hasil kraftangan anyaman ini dijadikan untuk kegunaan sendiri atau dijadikan sebagai hadiah kepada seseorang.

Walaupun kebanyakkan aktiviti mengayam ini dilakukan oleh kaum wanita, namun kaum lelaki turut membantu kaum wanita untuk membantu dalam aktiviti memotong, menetak dan memproseskan daun. Kemahiran asas dalam seni anyaman tidak berbeza, Cuma bergantung kepada jenis tumbuh – tumbuh untuk dijadikan bahan anyaman seperti  hasil rimba; buluh, rotan, pandan, mengkuang dan ribu – ribu menyumbang. Kesemua ini menyumbang kepada keunikan dan kesenian serta kreativiti masyarakat Malaysia.

Sejarah Anyaman

Sehingga ke hari ini, seni anyaman milik masyarakat Melayu adalah sesuatu seni yang masih dikagumi sepertimana seni ini menjadi aktivi yang menjadi minat masyarakat Melayu dahulu. Sudah menjadi kelaziman bagi masyarakat Melayu dahulu menggunakan seni kraf di dalam kehidupan seharian mereka. Hal ini kelihatan pada rumah – rumah mereka di mana dinding rumah mereka turut dianyam dengan buluh dan kehalusan seni yang dihasilkan masih kukuh dan bertahan sehingga ke hari ini dengan perubahan aspek penggunaannya yang lebih moden. Bagi melindungi daripada pengaliran haba dan untuk mengurangkan kepanasan, masyarakat melayu menggunakan dinding dan atap yang dianyam berasaskan tipah.

            Perkara asas yang menjadi keutamaan dalam mencipta kraftangan anyaman ialah penggunaan tali akar dan rotan di mana ini telah menjadi usaha sejak dahulu. Bahan-bahan asas tumbuhan ini tumbuh meliar di hutan – hutan, paya-paya, kampung-kampung dan kawasan di sekitar pasir pantai.

Pelbagai rupa bentuk kraftangan dihasilkan melalui proses dan teknik anyaman dari jenis tumbuhan pandanus (pandan dan mengkuang). Bentuk – bentuk anyaman dibuat berdasarkan kepada fungsinya. Misalnya bagi masyarakat petani atau nelayan, kerja-kerja anyaman dibentuk menjadi bakul, topi, tudung saji, tikar dan aneka rupa bentuk yang digunakan sehari-harian dan kebanyakkannya ada berkaitan dengan pekerjaan mereka.

Selain daripada tumbuhan jenis pandanus, bahan asas lain yang sering digunakan ialah daripada tumbuhan bertam, jenis palma engeissona tritis dan nipah. Berdasarkan bahan dan rupa bentuk anyaman yang dihasilkan, seni anyaman ini merupakan daya cipta dari kelompok masyarakat luar istana yang lebih mengutamakan nilai gunaannya. Walau bagaimanapun pada sekitar tahun 1756 hingga1794 telah terdapat penggunaan tikar Raja yang diperbuat daripada rotan tawar dan anyaman daripada bemban.

Proses menganyam disebut juga sebagai "menaja". Untuk memulakan satu-satu anyaman waktu yang baik ialah pada sebelah pagi atau malam. Dalam keadaan cuaca yang redup atau dingin, daun-daun lebih lembut dan mudah dibentuk tanpa meninggalkan kesan-kesan pecah. Biasanya beberapa orang melakukan anyaman ini berkelompok di halaman rumah atau beranda rumah pada waktu malam, petang atau waktu-waktu lapang pada sebelah pagi (jika kelapangan, kerana waktu pagi biasanya dipenuhi dengan kerja-kerja tertentu). Kebiasaannya, aktiviti mengayam ini dilakukan semasa terdapatnya waktu terluang selepas melakukan kerja – kerja seharian. Semua hasil bentuk yang dihasilkan memberi kesan kepada hasil anyaman berdasarkan factor keadaann kondisi semasa.

Rupa bentuk anyaman tradisi yang masih kekal penciptaan dan fungsinya hingga kini ialah tikar. Selain tikar yang datar dengan sifat dua dimensi, terdapat rupa bentuk anyaman tiga dimensi. Bentuk-bentuk anyaman begini biasanya digunakan oleh masyarakat pada masa dahulu untuk mengisi atau menyimpan bahan-bahan keperluan hidup dan kegunaan seharian. Beberapa daripada rupa bentuk ini ialah bakul, kampit (bekas belacan), tudung saji, kembal (rombong) dan sebagainya.

Terdapat dua ciri-ciri penting dalam ragam hias anyaman, iaitu penciptaan kelarai (motif) dan corak. Istilah kelarai dikhususkan kepada motif yang "berbentuk" (selalunya unsur alam) sementara corak dimaksudkan kepada susunan warna tanpa memperlihatkan kepada susunan warna dan bentuk motif. Anyaman tanpa kelarai disebut sebagai "gadas". Terdapat kira-kira lebih 51 jenis kelarai yang berdasarkan unsur-unsur alam semulajadi seperti unsur-unsur tumbuhan dan binatang.

Di sesetengah tempat, kelarai dimaksudkan kepada anyaman yang diperbuat daripada buluh dan digunakan sebagai dinding atau penyekat ruang rumah. Sementara di sesetengah tempat lain anyaman seperti ini diperbuat daripada bahan bertam yang disebut sebagai tupas. Ciptaan kelarai atau tupas lebih kukuh, tegas dan kasar bersesuaian dengan fungsinya sebagai penyekat ruang. Sebenarnya, tiada bukti yang jelas untuk menetapkan tarikh bermulanya penciptaan kelarai. 

Bunga sulam merupakan satu teknik yang terdapat dalam ragam hias anyaman di mana ia akan mencantikkan lagi hasil yang telah dibentuk. Teknik sulam adalah teknik susun susup. Kesan bentuk bunga yang dibuat lebih merupakan kesan geometri asas seperti susunan bentuk tiga, segi empat, potong wajik dan sebagainya lagi.

Definisi Anyaman

Secara ringkasnya anyaman bermaksud proses menyilangkan bahan-bahan daripada tumbuh-tumbuhan untuk dijadikan satu rumpun yang kuat dan boleh digunakan. Bahan-bahan tumbuhan yang boleh dianyam ialah lidi, rotan, akar, buluh, pandan, mengkuang, jut dan sebagainya. Bahan ini biasanya mudah dikeringkan dan lembut.

Perkembangan Seni Anyaman

Anyaman merupakan seni tradisi yang tidak mempunyai pengaruh dari luar. Perkembangan Sejarah anyaman adalah sama dengan perkembangan seni tembikar. Jenis seni anyaman pada masa Neolitik kebanyakan adalah menghasilkan tali, rumah dan keperluan kehidupan. Bahan daripada akar dan rotan adalah bahan asas yang awal digunakan untuk menghasilkan anyaman. Menurut Siti Zainun dalam buku Reka bentuk kraftangan Melayu tradisi menyatakan pada zaman pemerintahan Long Yunus (1756-94) di negeri Kelantan, penggunaan anyaman digunakan oleh raja. Anyaman tersebut dipanggil ‘Tikar Raja’ yang diperbuat daripada pohon bemban.

Sehingga kini beberapa negeri masih terus aktif menjalankan kegiatan anyaman di peringkat kampung. Antaranya di daerah Rusila, Dungun, Kampung Ru Renggoh, Kampung Kijing, Cendering dan Kuala Ibai di negeri Terengganu. Negeri-negeri lain yang masih terdapat aktiviti anyaman ialah negeri Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Melaka, Sarawak dan Sabah.


Jenis-Jenis Anyaman

1.      Anyaman Mengkuang – Daun mengkuang -Tikar, tudung salji, bekas pakaian dan lain-lain..
2.      Anyaman pandan – Daun pandan duri -Tikar sembahyang, hiasan dinding,
3.      Anyaman Buluh – Jenis-jenis buluh yang sesuai – Bakul, bekas pakaian, nyiru, beg dan lain-lain
4.      Anyaman Rotan – Rotan yang telah diproses -Bakul, bekas pakaian, tempat buaian anak dan lain-lain
5.      Anyaman Lidi – Lidi kelapa-Lekar, bekas buah, bekas telor.
6.      Anyaman ribu-ribu – Paku pakis ribu-ribu.-Tempat tembakau, bekas sirih terbus, bakul, bekas seba guna dan lain-lain.
7.      Anyaman Daun Kelapa – ketupat, atap pondok (pangkin) dan lain – lain. 

Motif dan Corak Anyaman Kelarai


Corak anyaman umumnya disebut kelarai.  Kelarai dibuat dalam pelbagai motif dan peranannya sama seperti corak bunga dalam tenunan, iaitu sebagai suatu ciri perhiasan. Anyaman kelarai disusun secara tunggal dan lepas (menyeluruh) atau disusun di dalam ruang tertentu. Susunan menegak disebut kelarai berdiri dan susunan sendeng, kelarai serong. Untuk hiasan pinggir atau birai pula terdapat satu kelarai khusus iaitu kelarai pucuk rebung.

Semua jenis kelarai berunsurkan alam semula jadi. Di kalangan masyarakat Melayu, motif tumbuhan menjadi pilihan utama. Daripada bentuk bunga, terdapat kelarai bunga atur, berembang, cengkih dan cengkih beranak, bunga cina, bunga durian, bunga kundur, bunga pecah lapan, bunga tanjung, bunga telur, dan bunga rumput. Unsur-unsur tumbuhan yang lain termasuk akar, pucuk (rebung) dan tampuk (jantung pisang, manggis, pinang). Daripada unsur fauna pula, ada motif anggota haiwan, seperti siput, kepala gajah, mata berkait, tapak anjing dan tapak harimau. Juga kelarai dengan bentuk-bentuk bahagian tertentu ikan, serangga dan unggas. Antaranya ialah anak ikan, belalang cucuk, jari kedidi, mata ketitir, pusat belanak, siku keluang, sisik kelah dan tulang ikan. Berikut adalah antara contoh – contoh corak kelarai dan motif anyaman yang ada dan masih digunapakai sehingga kini.

Cara-cara Penyediaan Daun dan Menganyam
- Proses penyediaan daun


a.       Memilih daun-potong dan buang duri
b.      Melayur daun-atas bara api hingga kekuningan
c.       Menjangka-membelah daun menjadi lebih kecil
d.      Melurut- bagi melembutkan daun
e.       Merendam-melunturkan warna hijau daun selama 3 hari 3 malam
f.       Menjemur-daun dicuci dan dijemur hingga kering
g.      Mewarna-guna warna tradisional atau moden

Proses menganyam

a.       Lagang-sebagai tulang anyaman dan dimulakan dari tengah tikar.
b.      Menganyam-bermula dari melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi.
c.       Pepeh- mematikan anyaman pada tikar
d.      Sisip- lebihan jaluran disisip untuk mengelakkan anyaman dari terburai.
e.       Karat-memotong lebihan jaluran agar nampak kemas dan cantik.


Alatan Anyaman Tikar

Penganyam harus mempunyai beberapa alat kelengkapan semasa proses penyediaan daun, pewarnaan dan anyaman. Alat-alat yang diperlukan ialah:

Parang
Digunakan untuk memotong daun-daun pandan dan mengkuang dari pokoknya. Ia juga digunakan untuk memotong atau menetak bahagian pangkal dan hujung daun.

 Pisau

a.       Pisau digunakan semasa proses anyaman. Anyaman yang telah disisip akan meninggalkan lebihan bilah daun dan lebihan itu akan dikerat sebagai langkah terakhir proses anyaman.
b.      Sejenis pisau lagi yang diperbuat dari buluh sebagai pemegang dan sekeping besi nipis dihujungnya, digunakan untuk membuang duri di bahagian tulang belakang (mempulur) daun.
c.       Tali sabut juga kadangkala digunakan untuk membuang mempulur daun. Tali sabut ini diikat menjadi bulat dan diletakkan di antara ibu jari dan jari telunjuk. Daun pandan dan mengkuang akan melalui di antara jari tersebut dengan kedudukan mempulurnya menghala ke atas.

Jangka

a.       Dikenali sebagai sisir kayu/ buluh bermata tajam. Tangkai jangka diperbuat dari buluh atau kayu. Bahagian kepala tangkai diletakkan dengan beberapa mata tajam. Jangka mempunyai beberapa saiz tertentu, ia bergantung pada jumlah serta jarak mata yang digunakan. Kedudukan mata yang rapat akan menghasilkan bilah daun yang kecil dan sebaliknya.
b.      Jangka digunakan untuk mencarik atau memotong daun pandan dan mengkuang menjadi bilah-bilah atau helaian daun.

Pelurut

a.       Pelurut diperbuat dari buluh dan ukurannya adalah antara 17cm panjang dan empat hingga lima sentimeter lebar.
b.      Pelurut digunakan bagi melembutkan bilah atau helaian daun yang telah dijangka ketika proses penyediaan pelurut.
c.       Pelurut juga digunakan sebelum proses anyaman kerana bilah atau helaian daun yang telah diwarnakan perlu dilembutkan sekali lagi bagi memudahkan kerja-kerja anyaman dilakukan

Penyisip

a.       Penyisip diperbuat dari buluh dan mempunyai bentuk yang agak runcing di bahagian hujungnya
b.      Penyisip digunakan ketika sisipan dilakukan di peringkat proses anyaman.
c.       Tujuan sisipan dilakukan adalah untuk mengelakkan anyaman dari terburai

Tempayan
Tempayan digunakan untuk merendam bilah atau helaian pandan/mengkuang

Besen/baldi

Besen/baldi digunakan pada masa proses pewarnaan. Bilah atau helaian pandan dan mengkuang yang telah diwarnakan akan dicelup ke dalam besen/ baldi yang mengandungi air.


Pewarnaan cara tradisi

Pewarnaan cara tradisi tertumpu kepada penggunaan bahan tempatan (vegetable dye) seperti kunyit, buah kesumba India dan daun mengkudu. Warna-warna yang dihasilkan ialah:




v  Kuning - kunyit yang ditumbuk halus dimasukkan ke dalam air mendidih

v  Kuning Pinang Masak - buah kesumba India ditumbuk halus dan dimasukkan ke dalam air mendidih. 
Untuk warna yang terang, dicampur dengan  kapur sireh

v  Merah - proses sama dengan warna kuning pinang masak

v  Biru kehitaman - daun mengkudu digunakan

Pewarnaan cara moden

Pewarnaan secara moden pula menggunakan penyelup ‘dyestuff’ (Samasa Basic)serta beberapa bahan kimia sebagai bahan pembantu. Bahan pewarna ini berbentuk hablur atau serbuk. Warna-warna yang dihasilkan bergantung kepada jenis pewarna serta teknik pencelupan yang digunakan.

Peringkat awal, air dipanaskan hingga mendidih dan dicampurkan dengan bahan pewarna. Ia kemudiannya dibancuh atau dikacau. Bilah-bilah pandan/mengkuang yang telah ditongkolkan, dicelup ke dalam bancuhan pewarna tersebut. Tempoh masa yang diperlukan bergantung kepada warna yang dikehendaki, biasanya tongkol pandan/mengkuang dicelup selama antara 15 hingga 20 minit.

Anyaman Mengkuang

Pandan dan mengkuang adalah tumbuhan daripada spesis yang sama. Daun mengkuang lebih lebar, tebal dan panjang daripada daun pandan. Oleh yang demikian, biasanya mengkuang digunakan untuk menganyam benda-benda yang lebih besar dan kukuh berbanding dengan benda-benda yang diperbuat daripada pandan. Namun begitu, bilah anyaman mengkuang tidak semestinya lebih lebar daripada bilah anyaman pandan.

Proses Menghasilkan Anyaman Mengkuang

Daun-daun yang cukup tua ditetak di pangkalnya sehelai demi sehelai, bermula di bahagian umbi pokok. Daun-daun yang sudah ditetak kemudian dipangkas hujungnya untuk membuang bahagian yang tirus dan tidak dapat dibelah, serta supaya semua daun itu hampir sama panjang. Seterusnya, daun-daun tersebut dilayur di atas bara unggun api kecil hingga layu.

Melayur

Daun-daun dilayur atas api atau boleh juga dijemur pada panas matahari hingga benar-benar kering dan layu. Tujuannya ialah mematikan sel daun dan menyingkirkan air yang terdapat di dalamnya. Setelah daun-daun itu layu, duri yang terdapat pada tulang belakang dan sayap mengkuang dibuang dengan sautas serat sabut yang diregangkan ibu jari dan jari telunjuk.

Menjangka

Apabila duri belakang daun dibuang, dengan sendirinya daun terbelah menjadi dua. Belahan itu kemudian dibelah lagi mengikut kelebaran yang dikehendaki dengan alat yang dipanggil jangka.

Melurut daun dan merendam

Daun diikat dan direndam 2-3 hari. Pada hari ketiga atau keempat, bilah-bilah itu dikeluarkan dan dibasuh dan dibilas hingga bersih sebelum dijemur. Bilah yang cukup kering akan bertukar menjadi putih.

Mewarna bilah daun dan mencelup warna

Bilah-bilah mengkuang atau pandan diwarnakan dengan cara mencelup, iaitu merebusnya bersama bahan celup pewarna selama beberapa minit. Dahulu, cuma tiga warna yang popular iaitu merah, hijau dan kuning kerana bahan celup warna-warna tersebut mudah diperolehi. Warna merah daripada pokok kesumba, hijau daripada daun bemban, dan kuning daripada daun kunyit. Tetapi, sekarang bahan celup pelbagai warna dijual dengan meluas. Apabila sudah dicelup dan dijemur hingga kering, bilah-bilah dilurut bagi kali terakhir supaya lebih licin dan lembut.

Menganyam

Proses menganyam saji


Cara anyaman dimulakan bergantung pada jenis benda yang ingin dihasilkan serta corak hiasan yang dipilih. Anyaman tikar misalnya, boleh dimulakan di tengah-tengah ataupun di bucu. Tetapi, bagi tudung saji, anyaman mesti dimulakan di puncaknya yang berbentuk kon. Kon puncak itu boleh digantungkan atau diketengahkan untuk meneruskan anyaman tudung saji.


Anyaman Rotan (Bakul)

Bahan – bahan untuk anyaman bakul
       I.            Rotan Putih sesuai untuk kegunaan kraftangan

Lazimnya berbagai-bagai jenis rotan dijumpai di kilang-kilang memproses bahan-bahan rotan. Sebilangan kecil rotan halus yang sesuai digunakan dalam pelajaran kraftangan . Rotan putih yang digunakan ialah rotan 2.5cm yang dibelah menjadi halus.

    II.            Pengurusan Rotan
Terdapat 2 jenis rotan putih iaitu rotan putih lembut dan keras. Untuk melembutkan rotan tersebut, air digunakan  dan bahagikan yang keras dengan yang lembut. Rotan yang keras dijadikan rotan menegak(longitud) dan yang lembut dijadikan rotan mendatar(latitud).

Alatan menganyam rotan
a.             Pembaris digunakan untuk mengukur
b.            Gunting  - boleh gunakan sebarng gunting
c.             Screw driver digunakan untuk membuka mata anyaman(lubang anyaman) untuk memasukkan rotan tambahan,menyudahkan anyaman dan memasangkan pemegang bakul.

Proses dan teknik anyaman bakul

a.      Lagang
Lagang merupakan ‘tulang’ kepada sesuatu penciptaan dan rupabentuk anyaman. Ukuran panjang sesuatu tikar bergantung kepada ukuran lagangan yang dibuat. Tiap-tiap satu bilah pandan/mengkuang dibentuk seperti ‘V’ di bahagian tengah iaitu tempat sesuatu anyaman bermula.

b.      Anyaman
Melibatkan 3 proses iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa dan anyaman sulam. Dimulai dari asas melagang hingga selesai dan sampai ke bahagian tepi. Ketika ini anyaman tikar dalam bentuk empat persegi. Untuk mendapatkan berbagai warna dan corak, anyaman jenis sulaman digunakan.

c.       Lepih
Dikenali sebagai ‘anyaman mati’ pada tepi tikar sebagai mengakhiri kerja anyaman. Boleh juga dianyam berasingan sebagai tepid an kemudian dijahit pada bahagian yang dikehendaki. Jenis-jenis anyaman tepi adalah seperti tepi betul, tepi susut, tepi sepit ketam, tepi gigi yu, tepi pulas dan tepi tulang belut

d.      Sisip
Proses ini memerlukan alat ‘penyisip’ bagi merenggangkan bahagian anyaman untuk memudahkan lebihan bilah atau helaian daun yang telah direncungkan(tajamkan) masuk. Tujuannya untuk menghindar anyaman dari terburai

e.       Kerat
Lebihan atau baki anyaman dipotong menggunakan pisau supaya anyaman Nampak kemas dan menarik.

Anyaman buluh




Buluh merupakan salah satu spesis rumput, sama seperti lalang, jagung dan padi. Buluh yang kadang-kadang disebut bambu atau aur, tumbuh dan membiak dengan mudah di kebanyakan kawasan tropika dan subtropika. Di negara kita terdapat berbagai-bagai jenis buluh. Antaranya buluh akar, buluh batu/tumpat, buluh betung, buluh cina, buluh duri, buluh gading, buluh kasap, buluh minyak/padang, buluh peleting, buluh perindu dan buluh sembilang.


Bagi masyarakat peribumi di nusantara, buluh mempunyai seribu satu kegunaan iaitu sebagai baur kail atau joran, baur panah, bekas membakar lemang, bilah kipas, bilah serkap, galah, pagar, ranting dan batang payung, rakit, sangkak, seligi, sigai, sudip, tabung, tuar, tukil dan sebagainya. Hasil anyaman buluh pula termasuk bakul, dulang, nyiru dan tudung saji. Jenis buluh yang biasa ialah buluh akar, buluh betung, buluh minyak dan buluh gading.

Memproses Bahan 
Hanya buluh yang sudah cukup tua digunakan dalam kerja kraftangan. Buluh yang dipilih dipotong mengikut ukuran yang dikehendaki. Berikut adalah langkah memproses buluh : 

Merendam
Mengikut cara tradisional, buluh yang siap dipotong itu kemudian direndam di dalam air asam dan air selut selama seminggu. Tetapi kini cara yang lebih mudah digunakan ialah buluh itu direbus bersama campuran soda. Proses ini bertujuan mengeluarkan kandungan gula yang terdapat di dalam buluh, supaya tidak dimakan bubuk dan tahan lebih lama. Dari segi rupa pula, buluh yang telah direndam sedemikian dianggap lebih cantik dan menarik walaupun berbau masam.

Menyalai 
Selepas direndam dan direbus, buluh disalai atau diperasap hingga kering. Kemudian buluh dibelah, disepat (memisahkan kulit daripada isi batang pokok) dan diraut. Kedua-dua kulit dan isi batang yang diraut menjadi bilah boleh digunakan dalam anyaman. Bilah bahagian kulit buluh lebih keras dan sukar dilenturkan jika dibandingkan dengan bilah isi. Oleh itu, bilah bahagian kulit lebih sesuai dijadikan rangka atau tulang hasil kraftangan. Dalam pembuatan nyiru, misalnya, bilah kulit dijadikan bingkai untuk anyaman bilah isi.


Anyaman Lidi

Pokok Kelapa dikenali sebagai okok serbaguna  kerana semua bahagianpokok itu boleh digunakan.  Salah satu bahan kraftangan yang diperbuat daripada pokok kelapa ialah lidi.  Berbagai barangan boleh dihasilkan dengan menggunakan lidi kelapa.  Antaranya lekar, bekas telur, bakul, bekas buah-buahn dan gubahan bunga.

Antara hasil anyaman daripada lidi

Kraftangan daripada lidi ini dimulakan dengan proses meraut dan mengisit daun kelapa yang muda dan panjang untuk mendapatkan lidinya.  Lidi yang sudah licin, direbus dengan pewarna dan emudian dijemur hingga kering.  Kini lidi itu sedia dianya mengikut bentuk yang dikehendaki.