Sejarah Tenunan Pahang : Songket
Apabila
Belanda menyerang dan menawan pelabuhan Makassar di Sulawesi pada tahun 1669,
ramai dalam kalangan orang bugis meninggalkan tanah tumpah mereka lalu merantau
dan meneroka penghidupan baru di kepulauan Riau, Sumatera, Borneo, hingga
sampai ke Semenanjung Tanah Melayu, Orang Bugis yang terkenal gagah berani
turut mengelek adat resam, susur galur salasilah serta pengaruh ekonomi. Dalam
pelayaran menyusuri pantai dan Laut Cina Selatan dengan menggunakan perahu
layar dan kapal pedagang, akhirnya sampailah orang – orang bugis itu ke bumi
Pahang yang lebih dikenali sebagai negeri Inderapura. Penghijrahan orang –
orang Bugis ke Pahang menerapkan sedikit sebanyak pengaruh da kebudayaan dalam
kehidupan masyarakat tempatan.
Salah satu percikan seni budaya Bugis
yang diterima dengan senang hati oleh rakyat peribumi ialah satu unsur dalam
rekacorak Kain Sarung bagi lelaki dan Kajang Sangga bagi wanita iaitu sejenis
kain tenunan yang diperbuat daripada bahan benang sutera asli.
Adalah bukti sahih bahawa pada abad
ke – 16 Masihi, antara orang Bugis yang masuk ke negeri Pahang Inderapura,
terdapat seorang pembesar yang bernama Keraing Aji. Beliau disifatkan sebagai
pelopor rekacorak baru dalam pemakaian kain sarung dan kain samping. Keraing
Aji seperti mana disebut – sebut seringkali memakai Dagang Luar dan Dagang
Dalam dari bahan tenunan sutera permai yang dibawanya dari daerah Sulawesi,
Aceh dan Riau. Selain memperkenalkan beberapa corak tertentu Keraing Aji yang
bermastautin di Kampung Mengkasar Pekan, diceritakan terdapat pengetahuan
tentang pengetahuan dalam bidang menenun sutera.
Oleh
yang demikian, maka ramai wanita khasnya surirumah berhasrat mempelajari cara –
cara membuat kain tenunan daripada beliau. Di kediamannya, Keraing Aji yang
semakin dikenali dengan panggilan Tuk Tuan telah membimbing anak buahnya
beberapa kaedah menyediakan peralatan mewarna sutera mentah, seterusnya
mengubung, menereu dan mencorak serat sutera sehingga tercipta fabrik bermutu.
Tambahnya, bagi mengukuhkan lagi
bukti sejarah asal usul Tenunan Pahang dimashurkan oleh orang Bugis, seorang
penulis inggeris iaitu, Dr. W. Linehen mencatatkan bahawa “Tuk Tuan (Keriang
Aji) seorang pembesar Bugis telah masuk ke Pahang pada tahun 1722, beliaulah
yang memperkenalkan kain tenunan tangan kepada penduduk negeri Pahang, khasnya
bagi penduduk di derah pekan”.
Kepandaian Tuk Tuan dalam bidang
menenun serta menzahirkan reka corak baru menyebabkan beliau dikagumi oleh
masyarakat. Bekas pembesar Bugis ini memanfaaatkan usianya dengan memberikan
tunjuk ajar dan melatih para penenun menghasilkan fabrik halus permai
sehinggalah hujung hayatnya. Jasadnya disemadikan di perkuburan Islam Kmapung
Mengkasar, Pekan, Pahang.
Sekembalinya Tuk Tuan ke
Rahmatullah, tidak mematahkan semangat anak buahnya meneruskan kerja menenun
dan menzahirkan reka corak yang lebih gemilang. Bahkan di dalam kebanyakka
rumah melayu di daerah Pekan tedapat peralatan kayu ‘kek’ yang dimanfaatkan
oleh surirumah dan gadis – gadis pada waktu terluang untuk menenun bahan
pakaian untuk keluarga dan juga untuk dijual sebagai sumber rezeki kehidupan
mereka.
Kewujudan fabrik tenunan asli di
Pahang khususnya dan di semenanjung Tanah Melayu umunnya diperkuatkan lagi oleh
T.J Newbold dalam bukunya yang menyatakan; “ Bahawa ada seorang berbangsa
Inggeris yang bernama Gray, telah menjualkan satu tong sutera mentah yang sudah
rosak akibat air hujan. Harga bagi satu tong sutera mentah itu ialah RM305.
Adanya catatan sedemikian oleh kedua
– dua penulis Inggeris itu membuktikan bahawa fabrik tenunan tradisi orang
Melayu sesungguhnya menarik perhatian kerana mempunyai nilai yang tersendiri.
Secara tak langsung Inggeris yang pada
masa itu cukupo berpengaruh dalam pentadbiran Semenanjung Tanah Melayu turut
berperanan memajukan perusahaan menenun sutera menjadi suatu industry yang
lebih menguntungkan rakyat setempat.
Pewarnaan Tenunan
Suatu
ketika dahulu penenun tradisional Pahang mengunakan bahan – bahan asli seperti
tumbuhan dan daun – daun sebagai bahn pewarna. Warna asli ini mempunyai impak
yang kuat terhadap kecantikan ke atas tenunan yang dihasilkan.
Kini pewarnaan kain tenunan
dipermudahkan dengan menggunakan pewarna sintetik, namun pewarna asli tetapi
mempunyai nilai kormesial yang tersendiri. Kehadiran pewarna sintetik yang
mudah di dapati dalam scenario perusahaan Tenun Pahang telah menyebabkan seni
membuat pewarna asli semakin pupus.
Pewarnaan Gentian Sutera
Kebanyakkan
pewarna asli didapati dari kulit sepang, bakau, kunyit, daun jering dan bunga
atua buah kesumba. Kehadiran pewarna sintetik dari Negara China dan India
berlaku selepas Perang Dunia Ke – 2, menyebabkan penggunaan warna asli semakin
berkurangan. Penggunaan warna sintetik adalah lebih mudah manakala bahan untuk
membuat warna asli berkurangan dan prosesnya mengambil masa yang lebih panjang.
Dalam proses pewarnaan asli, warna
yang dihasilka juga tidak menentu disebabkan pengaruh faktor – faktor seperti
cuaca dan lam sekeliling yang ada hubungkait dalam pengawalan hasilan warna.
Sesuatu bahan yang sama tidak dapat mengeluarkan warna yang sama setiap kali
proses namun setiap warna yang dihasilkan adalah unik dan menarik. Kelebihan
pada fabrik yang menggunakan pewarnaan yang asli, semakin lama, semakin matang,
cantik serta terang warnanya.
Warna – warna asli ini merupakan
warna – warna tradisi yang telah menghiasi dan mewarnai Tenunan Pahang sejak
sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Antara warna asli yang dihasilkan ialah;
Kuning
à kulit bawang
merah, kunyit, dan pokok kayu cendana kuning.
Merah
à pokok kayu
sepang.
Hijau
à daun cekur
manis, tunas rambutan dan daun pandan.
Antara
bahan – bahan untuk pewarnaan asli yang akan menghasilkan warna – warna
semulajadi;
- 1. Bunga
telang (California Tertatea)
- 2. Bunga
kertas (Bougavilla)
- 3. Bunga
raya (Hibiscus Rosa)
- 4. Bunga
kekwa (Chrysanthemum)
- 5. Bunga
ros merah (Rosa)
- 6. Bunga
keembung (Impatiens Balsamina)
- 7. Daun
tea (Melaleuca Alternifolia)
- 8. Daun
turung atau tarom (Dissandra Frutenscens)
- 9. Daun
pucuk manis (Phyllanthus Oxyphyllus)
- 10. Daun
ati – ati (Olenostemuon Scutellarioides)
- 11. Daun
manga (Maggirefa Indica)
- 12. Daun
bemban (Donax Grandis)
- 13. Rambutan
(Nephelium Lappaceum)
- 14. Manggis
(Garcinia Mangostana)
- 15. Kulit
bawang besar (Crinum Asiaticum)
- 16. Jambu
batu (Psidium Gaujava)
- 17. Bunga
tulang, daing, semarak api, daun inai, daun jati kulit sepang (Caesalpinia
Sappan)
Penyediaan Warna Semulajadi.
- 1.
Kulit bawang merah yang telah dikupas
dimasukkan ke dalam air panas.
- 2.
Kulit bawang yang direbus dikacau hingga
rata.
- 3.
Rebusan dibiarkan mendidih sehingga air
rebusan berubah warna.
- 4.
Proses pewarnaan berikut menggunakan
kulit bawang merah.
- 5.
Air rebusan di tapis untuk mengasingkan
kulit bawang merah yang diperlukan.
- 6.
Gentian sutera perlu direndam dalam air
tawar dibancuh dengan tawas.
- 7. Gentian kemudian dibilas dan
dikeringkan.
- 8. Pewarna yang telah ditapis tadi
dimasukkan dalam periuk.
- 9. Benang yang telah dibilas akan
dimasukkan ke dalam pewarna kulit bawang merah dan direndam.
- 10.
Benang dikacau bersama pewarna sehingga
rata.
- 11. Benang dan pewarna kulit bawang merah
direbus sehingga mendidih.
Tenunan
Pahang : Dari Benang menjadi Selembar Kain.
Gentian sutera merupakan bahan utama
dalam pembuatan Tenunan Pahang pada zaman dahulu. Gentian sutera dipercayai
telah dibawa masuk negeri China. T.J.Newbold di dalam bukunya “Political and Statistical Account of the
British Empire in theStraits of Malcca” menyatakan bahawa seorang Inggeris
bernama Gray telah menjual satu tong sutera mentah, yang telah rosak kena
hujan, dengan harga $350.00 pada 21.1.1827. Newbold juga turut menyatakan
bahawa barang yang paling mustahak dibawa masuk ke Pahang dari Singapura dan
Melaka ialah sutera.
Proses
menenun in pernah dicatat semasa G.M.Laidlaw menjadi Pegawai Daerah Pekan pada
tahun 1917. Kerja – kerja menenun yang dilakukan suatu ketika dahulu masih
berterusan sehingga sekarang. Proses menenun melibatkan sembilan proses,
bermula dari melikas, mewarna, menerau, menganing, menyusuk, menggulung,
mengarat, menyongket dan proses yang terakhir ialah menenun.
Proses
mengasingkan benang mentah supaya tidak kusut. Benang mentah dibahagikan kepada
bahagian (30 untai) dan kemudian direndam semalaman dengan air abu daripada
manggar kelapa atau kulit durian. Benang mentah boleh direndam menggunakan
tawas. Kemudian dibilas dan direbus dengan air biasa bagi membuang kanji atau
bahan – bahan yang tidak diperlukan. Kemudian benang ini diwarnakan mengikut
reka corak kain yang kan ditenun.
2.
Mewarna
(Pewarnaan Asli) –
Antara
bahan pewarna asli yang biasa digunakan seperti kulit bawang (kuning keemasan)
daun tarum (biru), pokok senduduk (ungu) . bahan – bahan in dibersih dan
direbus. Selepas itu dimasukkan benang yang telah dibersihkan ke dalam bahan
perwarna dan dicelup sehingga warna sekata. Kemuian benang ditoskan dan
direbuskan daripada sisa warna. Akhir sekali benang dimasukkan ke dalam
campuran air kapur bagi mendapatkan kesan warna yang lebih terang atau tua.
Benang direndam beberapa ketika di dalam air kapur kemudian ditoskan dan
dijemurkan sehingga kering di tempat yang teduh dan berangin.
Memindahkan
benang dari gelkungan peleting(sekoci). Proses ini dilakukan setelah benang
yang diwarna kering. Rahat dan guwing adalah alat yang digunakan untuk menerau.
Pelbagai warna benang diterau untuk mendapatkan corak yang dikehendaki.
Menyusun
peleting yang telah diisi dengan benang di atas meja atau tempat anian untuk
menyedikan benang loseng mengikut lebar dan panjang kain yang diperlukan.
5. Menyusuk atau menyampuk –
Memasukkan
benang ke dalam gigi jentera menggunakan jarum penusuk atau pengait. Dua urat
benang untuk satu lubang gigi jentera. Seterusnya benang akan disambung ke
pesa.
Benang
digulung ke papan penggulung. Apabila proses ini sempurna, beang dihubungkan
pula kepada kepada karap seterusnya diletakkan ke atas kek.
Proses
membahagikan benang – benang kepada dua lapisan (atas dan bawah).
Kerja
– kerja menyongket dilakukan untuk menghasilakn reka corak dan motif dengan
menyusun bila – bilah nibung.
Proses menenun
bermula apabila kayu pemijak digerakkan bagi melakukan proses pengasingan
benang loseng. Pada masa yang sama benang pakan dilontar menggunakan torak di
antara dua lapisam benang losen g tersebut. Penenun perlu memberikan perhatian
sepenuhnya terutama semasa menenun reka corak pada sesehelai kain tenun.
Menggerus kain adalah cara tradisional
untuk melicin dan memadatkan kain supaya kelihatan halus dan berkilat.
Kemahiran menggerus ini dipercayai dibawa masuk ke tanah melayu oleh pedagang –
pedagang dari tanag Bugis (Sulawesi) di antara abad ke 17 dan 18 masihi.
Kegiatan
ini berkembang ke beberapa buah negeri seperti di Jugra, Selangor; Pekan,
Pahang; Kuala Langsar, dan Sitiawan, Perak; Mura dan Batu Pahat, Johor dan
Kuala Terengganu, Terengganu. Peralatan dan bahan menggerus yang diperlukan
adalah papan gerus, joran (kayu yang digunakan untuk menggerakkan kulit siput),
siput gerus (cowry shell) , damar
batu dan lilin lebah.
Damar
batu digosok di permukaan papan gerus sebelum kerja – kerja menggerus
dijalankan. Kain yang hendak digerus perlu disapu dengan lilin lebah terlebih
dahulu supaya kerja – kerja menggerus dapat dilakukan dengan mudah. Kain
kemuiannya dibentang di atas permukaan kain sedikit demi sedikit sehingga
selesai. Proses menggerus ini memampatkan dan meratakan permukaan kain kelihatan
licin dan berkait.
Kain
tenunan songket, tenun dan batik pelangi adalah antara kain yang biasa digerus
dan kemudian anggun digayakan sebagai sampan, kain kelubung, kain dagang luar,
selendang, setengan (sapu tangan) atau tengkolok. Dahulu kain bergerus menjadi
pakaian kebesaran bagi kebarat diraja dan pembesar istan raja – raja Melayu.
Berikut adalah teknik menggerus kain
tenunan;
1. Gerus
Mentah – kain yang digerus tidak perlu dikanji. Permukaan
kain disapu dengan lilin lebah sebelum digerus. Biasanya gerus mentah dilakukan
pada kain yang dijadikan sampan, sarung atau kelubung.
2.
Gerus
Masak – kain yang hendak digerus perlu dikanji terlebih
dahulu dan biasanya dilakukan pada kain yang hendak dijadikan tengkolok.
3.
Gerus
Layang – teknik ini dilakukan pada kain yang telah
ditelepuk. Hal ini bertujuan memampatkan perada emas supaya melekat rapi di
atas permukaan kain.
Penjagaan kain gerus secara tradisional.
Kain yang telah digerus perlu diasao
terlebih dahulu untuk menjauhkan serangan serangga perosak kain. Kemudian kain
digulung dan dibalut kemas sebelum disimpan. Kain yang digulung disimpan di
dalam batang buluh.
Antara peralatan untuk menggerus;
1.
Kayu alas – bahan ini diperbuat darioa
kayu cermai. Ukurannya pula tidak kurang daripada 2 meter serta mempunyai lurah
pada kempat – empat penampang.
2.
Batang joran, Siput gerus dan Papan
gerus
3. Buah
relak – bahan tradisional yang digunakan semasa memcuci kain yang hendak
digerus supaya kain berbau harum.
5.
Lilin lebah (lilin sambang)
1.
Lilin lebah disapu di permukaan kain
yang digerus secara menyerong (45 darjah).
2.
Menyapu damar batu di alur papan gerus.
3.
Proses menggerus dimulakan mengikut
peringkat. Kulit siput diletakkan di bahagian hujung joran sebagai alat untuk
menggerus. Kain digerus bermula dari tepi mengikut urutan benang pakan.
4.
Kemudian kain digerus mengikut benang
loseng sehingga selesai.
Tenunan
Pahang : Reka Corak dan Motif
Reka corak dan ragam hias yang halus buatannya
menghiasi kain Tenun Pahang. Simbol – simbol tertentu pada reka corak kain atau
tekstil menjadikan sebagai lambing darjat, identiti kaum, kepercayaan, ritual
keagamaan dan sebagainya. Begitu juga keindahan kain Tenun Pahang yang tidak
dapat dipisahkan dari reka corakny yang tersendiri. Pelbagai motif, corak dan
warna yang berlainan terdapat pada kain tenun Pahang.
Kain tenun Pahang
bercorak adalah hasil daripada jalinan tenun benang pakan dan loseng yang
berwarna. Terdapt juga benang emas yang diletakkan sebgai pengapit di antara
motif jalur atau garis kecil, agar menyerlahkan keindahannya.
Sarung tenun bercorak
pula dibahagikan kepada kain bercorak melintang, memanjang, corak Rawa atau
Bugis dan corak Muar. Terdapat juga penggunaan benang emas yang menghasilkan
motif garis halus atau kesan bunga – bunga kecil, bertabur menghiasi kain.
Kain tenunan Pahang
yang menggunakan teknik ikat dengan corak berjalur dan corak mendatar dan
menegak. Kain tenun Pahang dijadikan kain sampan untuk melengkapkan pakaian
baju melayu bagi kaum lelaki dan kain sarung atau baju pasang bagi wanita.
Kebiasaannya baju tenun Pahang ini dijadikan pakaian pengantin.
Berikut adalah antara reka corak dan
motif tenun Pahang;
1.
Reka corak tradisional
a. Corak
jalur melintang atau berdiri
g. Corak
jalur melintang di tengah
2.
Reka corak kini (kontemporari)
Ragam hias masih dipertahankan
terutamanya dalam aspek pembahagian dan penempatan beberapa bentuk bahagian
kain seperti kepala, kaki dan badan kain. Penyusunan motif pula terbahagi
kepada dua susunan bunga penuh dan bunga tabor.
1.
Motif kain songket terditi daripada duan
unsur alam dan tumbuhan
2.
Motif yang sering digunakan meliputi
bentuk bunga, daun atu pucuk dan bahagian tampuk buah – buahan.
3.
Motif – motif reka corak yang menghiasi
kain songket kebanyakannya berasaskan bunga – bungaan.
4.
Dengan teknik menenun yang tersendiri,
kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik
5.
Motif – motif pada kain songket disusun
dengan susunan bunga penug, bunga bertabur atau susunan bercorak.
6.
Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering
ditempatkan di kepala kain.
7.
Manakala motif ‘awan larat’ pula
dijadikan sebagai kaki kain.
Antara
motif yang digunakan dalam ragam hias kain tenun;
b. Motif
Lipat Empat Puluh
c. Motif
Kepala Bunga Cengkih
Simbol dan Keindahan
Tenunan Pahang.
Keindahan kain tenunan Pahang boleh
dilihat melalui cara pemakaiannya yang dilengkapi dengan kain sampan dan
dipadankan dengan baju Melayu teluk belanga. Selain itu, kain tenunan Pahang
ini juga dipakai dengan baju kurung kotong warna hitam, seluar pak sekerap
berwarna hitam. Pakaian ini dilengkapkan dengan kain sampan benang halus warna
hitam, bengkung mengikut warna pahlawan masing – masing, tanjak ikatan Bugis
dan selendang hitam yang dipakai pada bahu kiri. Sambil itu si pemakai memegang
keris yang terhunus supaya keselamtan diri terjamin.
Kepelbagaian
Kegunaan Produk Tenun Pahang.
Kehalusan sutera tenun Pahang bukan
sekadar pelengkap busana diraja, golongan istana, para pembesar negeri dan
bangsawan, bahkan warisan ini turut dijadikan cenderamata. Walaupun begiitu,
kini terdapat pengusaha yang terus menghasilkan sampan dan pakaian wanita dari
kain tenun Pahang untuk dijadikan pakaian harian.
Industri
tenun Pahang kini semakin terkenaldan telah turut menyumbang kepada pembangunan
industri kraf tradisional Malaysia, walaupun pada masa yang sama turut
menghadapi masalah dari segi pembangunan produk, pengeluaran dan pemasaran.
Aspek
yang sangat diambil kira di dalam pembangunan produk tenun Pahang ini adalah
berkisarkan tentang reka corak, warna dan kualiti produk. Kebanyakkan
penghasilannya bergantung kepada permintaan ekonomi dan keperluan. Berikut
adalah antara produk yang dihasilkan melalui proses tenunan, selain daripada
pakaian.