Thursday, March 17, 2011
Thursday, February 3, 2011
PEMBUNGKUSAN
Pembungkusan adalah ilmu, seni dan teknologi yang dilindungi atau melindungi produk untuk edaran, simpanan, jualan, dan digunakan. Pembungkusan juga merujuk pada proses reka bentuk, penilaian, dan pengeluaran pakej. Pembungkusan dapat digambarkan sebagai sistem terkoordinasi barang mempersiapkan untuk pengangkutan, pergudangan, logistik, penjualan, dan penggunaan akhir. bungkusan berisi, melindungi,memelihara, mengangkut, memberitahu, dan menjual. Di banyak negara sepenuhnya terintegrasi ke dalam pemerintahan, perniagaan, institusi penggunaan, industri, dan peribadi.
Selain itu, Pembungkusan juga bekas untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar, disimpan atau dipamerkan.
Sejarah
Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, Pembungkusan telah wujud dan telah menjadi satu bidang perdadangan yang penting. Bermula sejak zaman prasejarah lagi dimana manusia menyimpan stok makanan. Contohnya..kulit kekabu, cengkerang, dan daun digunakan untuk menyimpan makanan. Kemudiannya, diperbaharui dengan lohong kayu, anyaman rumput dan daun,serta dari organ binatang seperti belulang. Penggunaan kertas sebagai satu kaedah pembungkusan bermula pada abad ke 2 sebelum masihi di China. Kadbod komersial pertama dihasilkan di England pada tahun 1817.
Pembungkusan mengalami dua zaman yang berbeza iaitu tradisional dan moden. Contohnya pembungkusan tradisional adalah terdiri daripada pembungkusan daripada daun kelapa, daun palas, daun pisang, daun pandan, daun mengkuang, daun getah, daun pandan, daun ketapang, buluh kulit binatang seperti kambing, kayu, dan juga tanah liat.
Manakala pembungkusan zaman kini, zaman pembungkusan moden lebih terdiri daripada medium kertas, aluminium, kaca, plastik, polsterina dan banyak lagi. Pembungkusan moden mempunyai prinsip – prinsip asas yang digunakan sebagai rujukan pembuatan reka bentuk pembungkusan sesuatu produk. Antaranya adalah meliputi aspek bentuk dan jenis pembungkusan, rekaas ilustrasi dan foto, penentu warna, pemulihan muka taip, dan gubahan reka letak sesuatu produk tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)