Saturday, June 8, 2013

ILmU : kAiN SoNgKeT : aLaNGkAh bErSeRi kAlAu bErKaIn sONgKeT

KAIN SONGKET - SALOMA




Pemuda pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Alangkah indah berseri bertambah cantik
Kainlah songket tenun melayu
Mula asalnya dari terangganu

Oh abang yang manis 
Oh Nona yang lawa 
Pakai la kain songket 
Pakaian budaya 

Kain songket pakaian anak melayu
Tapi dsayang tak boleh pakai selalu 2x
Kerana jemu mata memandang
tidak seperti batik basahan

Berbagailah macam boleh digayakan 
Setiap hari jikalau berjalan 

Sungguh banyak dipakai masa hari raya
Miskin kaya kecil besar tua muda 2x
Apa lagi yang lelaki tua
Dia berjalan dengan kaki tiga
Tersenyum pula sambil ketawa 2x 
Sayang sedikit giginya dua 2x

Pemuda pemudi kalau berkain songket
Alangkah indah berseri bertambah cantik 2
Kainlah songket tenun melayu
Mula asalnya dari terangganu

Oh abang yang manis 
Oh Nona yang lawa 
Pakai la kain songket 
Pakaian budaya 


Apakah pandangan anda?? cer komen sikit.... 

Tuesday, June 4, 2013

HoBi : SaNtApAn mInDa~

Assalammualaikum w.b.t. dan salam sejahtera buat semua pengunjung blog...
Santapan minda sepanjang semester ni di upsi...
erm korang pasti minat mem baca gak kan??? heheh saya dan si dia pon sama.. kami minat membaca jenis buku yang sama iaitu buku berbentuk motivasi...

orang kata makin banyak kita membaca, makin banyak kita dapat ilmu... << SAYA SETUJU DENGAN KENYATAAN INI kalau tak cuba memang tak tahu... setiap jenis buku yang kita baca semamangnya akan membawa pengaruh yang berbeza... tapi kalau nak membaca tu digalakkan untuk membaca dalam bahasa inggeris jugak... sebab pada dalam masa yang sama kita akan turut mampu meningkatkan keupayaan dalam bahasa inggeris yang sedia ada pada kita... kalau korang nak tau BACA @ MEMBACA adalah menyebut atau membunyikan huruf- huruf yang ditulis, melihat dan memahami apa-apa yang ditulis, ia juga membawa maksud menyebut atau melafazkan sesuatu perkataan atau ayat yang telah dihafazkan.... chewaaaahhhh! siap bagi maksud lagi..hehehe

ni adalah antara yang buku2 yang dibaca sepanjang semester ni walaupun masih banyak cerita yang belum dihabiskan....




TiRaI DiLaBuHkAn~ UpsI

Asslammualaikum w.b.t semua.... selamat malam.. (masa tulis ni malam la :p)

Alhamdulillah sebab semester dua kat UPSI ni pun dah nak melabuhkan tirainya.... sekarang dah masuk musim minggu exam la.... hurm hope dapat buat yang TERBAIK dari yang TERBAIK.... amin!!..

hurm lega jugak rasanya sebab projek akhir subjek tenunan akhirnya berjaya dihantar tadi..  nanti uploadkan kat dalam blog ni gak.. termasuk untuk projek akhir anyaman gak... erm masa hantar tadi senior2 sedang bertarung buat projek akhir untuk studio lanjutan anyaman... hurmmm...

tak tau aku nak ambik ke tidak lanjutan tu nanti... takpe2 nak kiter fikirkan balek...hehehehe

hurm... kalau tirai nak melabuhkan tirainya, maksudnya tak lama lagi nak balek umah.... RINDU nyew dengan rumah... ntah la kenapa terasa sangat rindu dengan rumah... hurm... banyak perkara nak dibuat bersama keluarga tersayang dan insan yang disayangi sentiasa...


semester ni roomates budak pahang... kira dah macam abg jugak la.. sebab umo dia pon lebih lagi dari abang aku sendiri...  terima kasih gak sebab sudi jadi roomates saya hehehe mana tau dia baca blog dan post ni... hehehe... minggu akhir ni banyak sangat benda2 yang tak sepatutnya berlaku tapi berlaku... macam lambat hantar assignment... anyaman dan tenunan... wan.. wan... PLEASE BE MORE ALERT & BE MORE MOTIVATED OKAYS???? hehehe.... (nanti nak tulis wasiat belajar jauh macam cikgu effa bagitau lah...) bukan apa untuk motivasi diri sendiri...

sekarang ni tiba masanya untuk bersiap sedia membosankan diri hehe... movie dah banyak sangat di download... masa belajar laptop buka tapi rancak pulun cerita... hehe nak disenaraikan rasa nya 50 cerita yang di download...  DASYAT GITuuuuuuuuu.... hehehe ni antaranya...



terasa sangat seronok apabila assignment dah hantar semua... walaupun~ hehe
diharapkan exam sem ni akan dipermudahkan ALLAH s.w.t dari mula sampai akhir...AMIN...& AMIN...
apa yang penting sekarang ni dah tak sabar nak balek kampung...

Sarawak wait for me!!!!!

Monday, May 27, 2013

SeKaLuNg tAhNiAh kEpAdA SeMuA KrEw PrOdUkSi aRtPhObIa : KiTa jUaRa TeAtER!!!!



kiter juara!!!!!!
TAHNIAH BUAT SEMUA ATAS PENAT LELAH YANG DI KORBANKAN SELAMA INI...
kini ia membuahkan hasilnya!! adakah projek seterusnya MAKUM??? insyallah....










Saturday, May 25, 2013

ArTpHoBiA PrODuCtIoN : KeMuNcUlAn tEaTeR SuLuNg 2013


Assalammualaikum w.b.t pembaca blog yang dikasihi terutamanya si dia...
terima kasih atas sokongan yang tak terbelah bagi kepada produksi artphobia dengan menyaksikan teater sulung kami...
diharapkan semua penonton pementasan teater pada petang tadi berasa rileks dan seronok dengan teater yang kami sembahkan...




terima kasih juga yang tidak terhingga kepada semua team krew produksi Artphobia ini yang secara keseluruhannya dimonopoli sendiri oleh bakal- bakal guru seni kelulusan Universiti Pendidikan Sultan Idris...
menjadi seorang guru yang banyak kebolehan adalah salah satu matlamat produksi ini...
insyallah nantikan keluaran produk produksi kami nanti...
alhamdulillah kalau berkesempatan kita akan berjumpa lagi pada produksi akan datang....
Salam seni dan memartabatkan seni teater kembali...






Thursday, May 23, 2013

SeKaLunG TaHniAh DaRi sAyA!!!!

Assalammualaikum w.b.t buat yang tersayang... 
heheh ala tak tau la nak tulis apa...
1stly...saya nk berterima kasih sebab kita dah kembali seperti dulu...abg selalu doakan kebahagiaan kita... abg berterima kasih juga sebab selalu bagi sokongan kat abg ea... 
btw tak terlambat nak ucapkan sekali lagi CONGRATULATION!!! sebab :

1. berjaya dapat markah yang tinggi subjek Ekonomi...
2. juga berjaya dapat markah yang tinggi untuk satu lagi subjek...



abang sangat bangga sayang abg ni dah kembali!!!

untuk final exam ni buat yang terbaik tau...kalau xdapat pointer yang tinggi pon xlist dapat
ANUGERAH DEKAN!!!

"Believe in yourself. You can do it!!"
Nothing is impossible among thre possible"

chewah!! speaking london pulop dia ni...hahahahah btw sekali lagi ucapan TAHNIAH dari abg...
kalau boleh biar kita sama2 berjaya...
ingat dengan apa yang kita impikan bersama dulu k???
usaha itu tangga kejayaan!!


Sunday, April 7, 2013

BlOg kReAtIF

Assalammualaikum semua... 
disaat putera membaca dan membelek2 surat khabar Harian Metro, putera ternampak dan terbaca satu kenyataan akhbar mengenai ini....>> 

 <<

putera akan menulis balik apa yang ditulis pada kenyataan akhbar ini...:

MANA BLOG KREATIF?

>Anugerah Blogger Prihatin 2013 dilancarkan oleh Harian Metro bagi melihat idea dan kesungguhan luar biasa remaja menterjemah seni peribadi.

"Daripada hanya duduk, mengira jumlah pelawat yang datang meninjau ruangan peribadi anda, MURSHID EUNOS ingin mengajak pembaca GEN.Y menulis blog untuk pertandingan bagi berkongsi pandangan dan ideologi anda."

Sesuatu paling jelas menceritakan perubahan zaman sekarang adalah interaksi alam maya dalam pelbagai cara menerusi medium berbeza. Salah satu daripadanya adalah penulisan di ruang peribadi, blog yang hari ini makin menjadi 'trend' khususnya buat anak muda.

Meninjau blog seseorang bagi memerhatika keseluruhan identiti penulisnya kerana semua cerita, cetusan pendapat, luahan jiwa dan ideologi individu itu akan dibentangkan secara terbuka.

Macam-macam yang ada hingga sesiapa yang 'kaki blog' boleh ralit berjam-jam membaca. Pandangan dan lepas geram hinggalah ke hobi atau material berguna ada di ruangan peribadi blog.

Lebih 50% anak muda hari ini mempunyai blog peribadi dan semuanya berbeza perspektif penulisan.

Justeru akhbar nombor satu negara, Harian Metro dengan mengangkat objektif menerapkan nilai perikemanusian dalam kalangan anak muda, generasi Y dan membantu golongan minoriti dengan kaedah berbeza, Anugerah Blogger Prihatin 2013 dilancarkan.

Projek ini inisiatif Harian Metro sebagai media mendekati generasi Y secara holistik serta tidak melupakan golongan kurang bernasib baik. 

Dengan keprihatinan Bank Rakyat terhadap komuniti, tajaan sebanyak RM10,000 diberikan dan disampaikan oleh Pengurus Besar Perkhidmatan Korporat Bank Rakyat, Encik Rosman Mohamed.

Manakala Perdana Leader Fellowship turut membantu dalam perlaksanaan projek ini.

Untuk melahirkan generasi Y yang mempunyai modal insan sempurna masa depan, kebolehan mentafsir dan menilai kepayahan dan kesengsaraan sesuatu komoditi itu amat penting.

Setiap blogger diwajibkan menghasilakan karya dan entri mengenai kerja amal atau aktiviti membabitkan golongan kurang upaya atau anak yatim dan rumah orang tua.

Kreativiti dan keunikkan mereka dalam mengulas atau membuat apa saja berkaitan kerja amal tadi akan dinilai bagi merebut hadiah utama serta penghargaan lain.

Tambah ketua projeknya, Mohamad Redzuan Saib, blogger yang berjaya dipilih sebagai pemenang akan menerima hadiah wang tunai, trofi dan sijil penghargaan.

Kepada anak muda dan remaja yang berminat bolehlah terus menghubung Mohamad Redzuan Saib di talian > 0137573269 < untuk maklumat lanjut.

jadi kepada blogger2 atau bakal blogger yang membaca apa yang putera tulis ni.. kalau berminat cepat lah menghubungi Encik Mohamad Redzuan Saib ye...

ALAMAK LUPA PULAK....
Ini adalah TERMA & SYARATnya....(baca dengan teliti ye)

1. Terbuka kepada semua blogger dan warganeraga Malaysia berumur antara 18-31 tahun.
2. Penyertaan daripada warga kerja NSTP akan TERBATAL secara automatik.
3. Hasil karya hendaklah ASLI.
4. Karya seharusnya tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
5. Peserta boleh menggunakan blog sedia ada.
6. Penggunaan bahasa yang betul akan menjadi satu kelebihan dalam penyertaan.
7. Link entri perlu dihantar kepada >> perdanaleaderfellowship01@gmail.com << dan sertakan nama, alamat, nombor telefon dan umur.
8. Penyertaan mulai dibuka pada 5 April 2013.
9. Tarikh tutup penyertaan 30 April 2013.
10. Pemilihan pemenang akan bermula 1 Mei sehingga 15 Mei 2013.
11. Sebarang terma dan syarat yang tidak dipatuhi boleh menyebabkan penyertaan tersingkir daripada pertandingan. 
12. Pihak penganjur berhak menukar mana-mana hadiah dengan nilai yang sama.
13. Kpeutusan akhir adalah muktamad dan bantahan tidak akan dilayan.

PERINGATAN PENTING!!!!!
>> Apa yang perlu ada dalam entri/ karya/ post.

1. Karya mestilah asli.
2. Tidak menyentuh sensitiviti masyarakat.
3. Nama pusat jagaan OKU/ anak yatim/ warga emas.
4. Nombor telefon dan nama pengurus pusat jagaan.
5. Bantuan yang diperlukan dan masalah yang dihadapi.
6. Penggunaan bahasa yang betul dan ejaan penuh menjadi satu kelebihan.
7. Sertakan cadangan pertolongan / jenis pertolongan yang anda lakukan sebagai ahli komuniti untuk membantu pusat jagaan berkenaan.
8. Gambar menarik.
9. Pengolahan cerita melebihi 120 patah perkataan.

SEMOGA BERJAYA KEPADA YANG MENYERTAI PERTANDINGAN INI