Tuesday, January 8, 2013

PaPeR CrAfT (HuMaN part 2)

wah.... ni lagi koleksi paper craft yang putera sempat cari dan nak berkongsi bersama2 peminat paper craft...
erm...ada ke peminat paper craft???
kalau ada cer komen ea....



















nanti putera sambung balik kat part 3 punya...

Monday, January 7, 2013

PaPeR CrAfT (HuMaN part 1)

owkey...
kali ni putera nak kongsikan paper craft jenis manusia pulak ea....
macam biasa...klik gambar untuk memperbesarkan gambar....
cuba la ea kengkawan... best...!!!!









Sunday, January 6, 2013

PaPeR CrAfT


korang minat dengan benda macam ni???
ni nama dia paper craft, kali ni putera sediakan paper craft jens bear punya ea...
selamat mencuba ye kengkawan....






klik pada gambar untuk copy dan memperbesarkan gambar.

Saturday, January 5, 2013

~HaSiL KaRyA DaRi pEmiLik bLoG iNi~











Sekolah : Pertama kali.

Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....

erm kali putera sendiri rasanya nak mencoret kat post kali ni....
rasa2nya ada tak pembaca blog ni ea?
tapi tak pe la ea... yang penting mula2 putera nak buat blog ni atas dasar nak kongsi segalanya apa yang putera nak kongsikan....

kali ni nak citer pasal
"TAMATNYA ZAMAN PERSEKOLAHAN"


selepas mengakhiri zaman persekolahan putera yang sentiasa berpindah randah... akhirnya putera berjaya tamat sekolah sebagai seorang pelajar Pra-u SMK (BM) Saratok, Sarawak.....
banyak perkara yang putera lalui sebaik sahaja bergelar seorang belajar... dari A sampai Z, dari 0 hingga 9, segala operasi matematiknya lagi... sejarah... kebudak sains tulennya... last2 kembali ke dunia realiti putera sekarang telah menjadi budak seni... SENI.. benda dan bidang yang putera sendiri suka....fuhhh jenuh semua perkara nak dibelajar...disekolah juga bibit percintaan itu berlaku.... hehe mesti ada punya la tak kira siapa pun status korang... erm... pasal percintaan putera akan citer len kali...pa yang penting...banyak benda yang putera belajar semasa di sekolah... ingatlah adek2 yang membaca coretan ini belajarlah selagi termampu untuk belajar...




RINDU ZAMAN SEKOLAH...
erm... secara jujur memang putera rindu sangat dengan zaman persekolahan. memang benar kata orang perihal macam ni akan berlaku..."masa sekolah nak cuti, masa cuti tertanya2 bila nak sekolah... sekarang dah habis sekolah pandai teringin nak ke sekolah balek...." hehe dunia memang pelik kan??
tapi itulah lumrah dunia...dunia tetap dunia...rindu ni membawa banyak erti untuk putera.... rindu dengan buku teks...rindu dengan che gu... rindu dengan suasana kelasnya... rindu dengan tempat perjalan kaki yang sentiasa berbunga... dari sekolah buruk ke sekolah cantik, dari budak biasa sampailah putera jadi ketua pengawas, dari xpandai bercinta sampai hati ini berjaya dimiliki oleh seseorang juga....harap2 coretan ini dibaca oleh si comel tu.... rindu juga masa date kat sekolah dengan si comel dulu... upss "si comel" nanti putera citer yang selebihnya...

kini putera telah melanjutkan pelajaran ke peringkat uniiversiti....
~salam mesra ilmu.

Cerita dari Syurga (Part 2)


Tuk! Tuk! Abang Bisu Bercakap.

     Cukup serba serbi tak bermaksud dapat melakukan semua perkara. Cukup normal belum pasti     menyentuh hatu manusia.

Prinsip hidup mengingati dan diingati
>>  Abang Bisu tidak memaksa dirinya 'bercakap' suapaya diingati. Cukuplah perbuatan yang muncul pada waktu memerlukan sudah memberi kesan mendalam kepada orang lain. Baik berbentuk analogi, tulisan, mahupun perbuatan.

Friday, January 4, 2013

Cerita dari Syurga (Part 1)

Teh pengaruh, Semakin Diteguk Semakin Di ingati.....

         "Hakikat kematian menunjukkan, ingatan itu berpanjangan ataupun separuh jalan..."

PRINSIP Hidup mengingati dan di ingati...

Kami sudah berjiran hamper dua tahun, tetapi berbual lama. Kebetulan, hari itu cuti umum. Saya melihat dia duduk dihadapan rumah seorang diri.
            Lambaian tangan saya disambut senyuman manis. Dia memanggil sayaa denga bahasa tanganya. Itu pertama kali saya ke rumahnya selepas dua tahun disini.
            Dia mempelawa saya menikmati segelas air suam yang dihidangkan. Saya yang datang sebagai tetamu dirumahnya pada petang itu berasa kekok dan janggal dengan layanan yang diberi.
            Apakah tetamu dihidangkan dengan segelas air suam sahaja?
            Dia dapat melihat kejanggalan yang terpamer pada wajah dan gerak tubuh saya.
            Dia tersenyum sahaja, “Jemputlan minum air itu,” pelawanya tanpa mempedulikan respons saya.
            “Mahu air teh? Saya boleh sediakan.” Dia bertanya samba melihat saya meminum hampir separuh gelas air suam.
            Saya mengangguk. “ Boleh sahaja.”
            Dibuka pek yang mengandungi 12 uncang teh. Dimasukkan satu uncang ke dalam cawan. Air panas dicurah perlahan. Bau teh dan tekstur warnanya kelihatan jelas. Saya sudah tidak sabar menikmati the yang dihidangkan.
            “Silakan,” dia mempelawa saya minum bersama.
            Sekali lagi saya berasa aneh dengan sikap jiran ini. Dia mempelawa minum teh, tetapi tidak memasukkan sesudu gula sebagai pemanis. Mungkin dia menyangka tetamunya menghidap penyakit kencing manis. Mungkin kerana itu dia mempelawa saya minum air suam dan teh tanpa gula.
            Jiran itu kemudian bertanya, “Mahu gula?”
            “Ya, sesudu sudah mencukupi,”balas saya. “Aduh, barulah terasa enak hidangan teh ini,” kata saya sambil menghirup perlahan-lahan.
            “Sekiranya mahu rasa enak, campur sedikit susu cair. Ia tidak manis, tetapi teh susu cair lebih pekat tanpa rasa manis keterlaluan,” pelawanya.
            Jawab saya segera, “Ya, benar. Itulah resepi di warung-warung kopi,” sambil menyuakan cawab unutuk diisikan sedikit susu cair.
            Selesai minum teh, kami kembali berbincang. Walaupun kami lama berjiran, tetapi kami jarang bertemu muka. Makin lama makin dilupai sekiranya tidak bertegur sapa.
            “Bagaimana cara supaya kita sentiasa diingati?” Saya bertanya apabila mengenangkan sekiranya dia berpindah dan saya bertemu jiran baru pula selepas ini.
            Dia menjawab dengan bertanyakan soalan, “Saya pelawa tetamu saya sekadar air suam, kemudian teh tanpa gula. Kemudian saya isikan gula sedikit dan sedikit susu cair. Apa perasaan sauadari?”
             Saya menjawab, “Sudah pasti semakin lama rasanya semakin sedap. Mula-mula tawar, kemudia manis sedikit, dan rasa lemak susu cairnya.” Tangan kanan saya msih memegang cawan yang berisi.
            “Jiranku, begitulah diri kita akan diingtai,” kata wanita itu.
            Dahi saya berkerut, tidak dapat memahami maksudnya.
“Bagaimana?”
            “Ingatan seseorang dating daripada pelbagai sumber. Apakah diadun seimbang semua sumber itu, semakin kuat, matang dan semakin mendalam ingatan itu. Ia tidak berdiri tanpa unsur-unsur lain yang dating melengkapinya. Ingatan kita kepada seseorang yang kosong isinya, rasanya samalah seperti air suam tadi. Ingatan yang matang dan mantap isinya, samalah seperti secawan teh yang lengkap segala macam isinya,” jawabnya panjang lebar.
            Saya bertanya dalam nada jenaka,”Dari mana datangnya gula dan susu yang memekatkan lagi adunan teh ingatan?”
            Dia mengeluarkan sekeping kertas dan dilakarkan sebuah imej, sama seperti gelas. Dibahagikan isi gelas itu kepada beberapa bahagian.
            Kemudian, dia memberi tujuh pesanan penting kepada tetamunya sambil mengetuk mata pen lakarannya, “Ketahuilah saudaraku, ingatan kita kepada seseorang berkembang kerana adanya mana-mana tujuh ciri ini.”
Ilmu pengetahuan
Rekod kejayaan
Pengalaman
Kebolehan
Rangkaian
Gerak hati
Karakter

Wanita itu menghirup sedikit air daripada gelasnya dan memandang saya, “Masih ingat nama guru saudari di sekolah?”
            Segera saya mengiakan, “Sudah pasti meskipun sudah 21 tahun saya meninggalkan sekolah. Namanya Cikgu Rejab, guru yang mengajar kami subjek sejarah.”
            Mengapa kamu mengingati namanya sehingga sekarang?” soal wanita itu.
            Balas saya, “Saya mengingati kerana dia menjadikan saya teruja dengan subjek sejarah yang saya sangkakan susah dihadanm oleh fikiran. Malah, saya masih ingat formula mengingati tarikh yang diajarnya.”
            “Bukankah pengetahuannya menjadikan dia diingati sehingga sekarang?” soalnya lagi.
            Saya terdiam.
            Wanita itu menigisi cawan saya yang sudah kosong. Kemudian dia memohon izin, “Boleh saya bertanya lagi?”
            Saya mengangguk.
            “Masih ingatkah siapakah orang pertama yang menjejaki bulan?”
            “Mudah sahaja. Sudah pasti Neil Armstrong!”



            “Masih ingat siapakah orang pertama yang mencipta telefon?”
            “Alexander Graham Bell.”


            “Masih ingatkah siapakah Ibnu Sina?”
            “Beliau adalah tokoh perubatan Islam, dikenali sebagai Avicenna di Eropah. Buku perubatan beliau, (Al-Qanun Fit-Tibb) menjadi rujukan.


            “Bagaimana kamu dapat mengingati semua ini?”
            “Sudah pasti kerana kejayaan mereka.” Yakin jawapan yang saya berikan.
            Wanita itu mengangguk, menunjukkan perkataan pengetahuan dan kejayaan pada lakaran. Kemudian, dia menunjukkan kelima-lima jarinya, maksudnya ada lima lagi tidak dihuraikan.
            Wanita itu kembali bersuara, “Jiranku, dalam kehidupan ini, kita akan bertemu dengan orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Itu baru dua, belum selebihnya. Lihat dan renugkan . pelajari dan ambilsebagai pelengkap. Mudah-mudahan dalam diri berkembang menjadipemudah cara hidup kita dengan orang lain.”
Sebaris senyuman daripadanya yang menunjukkan keyakinan yang saya dapat lakukannya.
            Belum lama senyuman itu dibibir, cepat-cepat dia menyambung, “Ingatan itu tanda kita juga berpengaruh.”

>> manusia dingati kerana tujuh perkara. diingati kerana ilmu pengetahuan, rekod kejayaan yang dikecapinya, pengalaman terdahulu, kebolehan yang mencipta keterujaan, rangkaian yang dikenali, kebolehan yang mencipta keterujaan, rangkaian yang dikenali, karakternya yang menarik, dan gerak hati yang mengatakan, " Ada sesuatu yang menarik berkenaan dirinya..."