Monday, March 28, 2016

MEMBINA AKTIVITI KREATIF

assalammualaikum w.b.t dan salam seni...
kebiasaannya setiap kali program yang dilakukan pasti akan ada ruang lengang yang kita sendiri tidak tahu nak di isi dengan aktiviti apa... 

di sini cikgu akan senaraikan beberapa aktiviti lengang yang boleh dilakukan... bukan waktu lengang sahaja aktiviti ini boleh dijalankan... malah juga boleh dilakukan sebagai LATIHAN DALAM KUMPULAN mengikut objektif aktiviti yang sesuai....

AKTIVITI 1 : DRAWING CLASS

MASA:  15 minit
Peralatan : Kertas lukisan, pen, atau marker pen.

Prosedur:

1.      Fasilitator menyediakan beberapa pilihan kenyataan untuk setiap kumpulan.
2.      Ahli kumpulan perlu memilih kenyataan untuk kumpulan mereka.
3.      Mereka perlu membuat satu barisan.
4.      Fasilitator akan mengarahkan arahan dan peraturan.
5.      Fasilitator membuat rumusan mengenai aktiviti tersebut.

Objektif :
1.      Melahirkan keyakinan diri terhadap kebolehan masing-masing
2.      Melahirkan sifat mempercayai antara satu sama lain.
3.      Meningkatkan daya imaginatif pelajar.

AKTIVITI 2 : BIAR PUTIH TULANG, JANGAN PUTIH MATA.

MASA : 10 minit
Peralatan: Kain Putih ATAU Surat Khabar

Prosedur :

1.      Fasilitator akan cara permainan dimainkan.
2.      Salah seorang ahli kumpulan mereka akan menjadi pesakit.
3.      Dengan menggunakan kain atau surat khabar, mereka hendaklah membalut kecederaan mangsa yang mengalami patah.
4.      Kumpulan dibenarkan untuk memilih bahagian mana yang mengalami kecederaan patah.
5.      Fasilitator akan melihat cara mereka mengikat.
6.      Memberi arahan supaya ikatan jangan dibuka sehingga habis checkpoint.
7.      Mangsa patah akan tetap berlakon mengalami kecederaan patah sehingga akhir checkpoint.

Objektif :
1.      Mewujudkan kerjasama dalam kumpulan
2.       Kepatuhan kepada arahan.
3.      Membina kecergasan mental dan fizikal.
4.      Melahirkan sikap tanggungjawab dalam kumpulan.

AKTIVITI 3 : HARI KELUARGA

MASA : 10 minit
Peralatan : kertas A4, gambar haiwan

Prosedur :

1.      Fasilitator akan menerangkan tentang permainan tersebut.
2.      Mereka perlu mencari kenyataan sampul yang tersembunyi.
3.      Dalam sampul tersebut mempunyai gambar bagi setiap kumpulan yang tertentu.
4.      Apabila mereka menjumpai sampul yang mengandungi gambar yang menunjukkan iedentiti kumpulan mereka, mereka hendaklah memanggil ahli kumpulan lain dengan menggunakan isyarat bunyi kumpulan masing-masing. Jika kumpulan ayam, mereka hanya dibenarkan berkomunikasi dengan mengeluarkan bunyi ayam sahaja.
5.      Mereka perlu membunyikan serentak bunyi kumpulan apabila menjumpai gambar kumpulan mereka sendiri.
6.      Syarat utama dalam aktiviti ini ialah, mereka dibenarkan untuk menggunakan bunyi haiwan untuk berkomunikasi.

Objektif:
1.      Meningkat semangat kerjasama dalam kumpulan
2.      Mematuhi arahan dan bertindak dengan cergas.
3.      Mewujudkan nilai idea yang kreatif dan kritis dalam kumpulan.
AKTIVITI 4 :  JANGAN LUPA LIRIK
Masa : 10 minit
Peralatan : radio, ATAU telefon bimbit
Prosedur :
1.      Fasilitator menyediakan lirik lagu BSMM yang telah dikosongkan beberapa lirik.
2.      Fasilitator memutarkan lagu BSMM kepada peserta.
3.      Peserta menyanyikan lagu BSMM namun harus menanyikan lirik lagu yang telah dikosongkan.
Objektif :
1.      Menguji daya ingatan pelajar.
2.      Menilai tahap kerjasama kumpulan yang ditunjukkan oleh para pelajar.
3.      Tahap kesihatan pelajar dari aspek pendengaran dan percakapan.

AKTIVITI  5 :  USUNG , REBAH, DAN SAMBUT – SPIDER WEB

Masa : 20 minit
Peralatan : tali, kayu palang

Prosedur :

1.      Fasilitator menyediakan sarang labah-labah dengan mengikat pada 2 batang tiang menggunakan talia raffia.
2.      Fasilitator memberi arahan dan penerangan kepada peserta.
3.      Peserta akan mengangkat ahli kumpulannya yang lain untuk merentasi sarang labah-labah tersebut.

Objektif :
1.      Membentuk kumpulan untuk bekerjasama.

AKTIVITI 6 ; TELUR DI HUJUNG TANDUK
Masa : 15 minit
Peralatan : tali, botol berisi air

Prosedur :

1.      Fasilitator memberikan setiap perserta tali raffia dengan panjang yang berbeza.
2.      Setiap kumpulan diberikan satu botol mineral yang diisi dengan sedikit air.
3.      Peserta perlu mengangkat botol tersebut dengan tali yang diberikan tanpa mengikat tali pada botol tersebut.

objektif :
1.      Memupuk sifat bekerjasama pada diri peserta.
2.      Mendidik sifat kemahiran berfikir dan kreatif dalam diri peserta.

 AKTIVITI 7 : GAYA DIRI

Masa : 10 minit
Peralatan : - TIADA –

Prosedure :

1.      Fasilitator menerangkan cara bermain.
2.      Setiap kumpulan dikehendaki membina satu trademark kumpulan masing-masing.
3.      Persembahkan kepada fasilaitator sehingga fasilitator berpuas hati.

Objektif :
1.      Memahirkan pelajar untuk menggunakan daya imaginasi dan kreativiti untuk menyelesaikan masalah.
2.      Dapat mengenalpasti tahap kecerdasan para pelajar dalam usaha menyelesaikan masalah.

AKTIVITI 8 : INSPEKTOR GADJET

Masa : 15 minit
Peralatan : Lidi sate, tali

Procedure :

1.      Fasilitator menerangkan cara permainan di mainkan.
2.      Setiap kumpulan diberikan sebanyak 15 batang lidi dan tali.
3.      Pelajar di arahkan membuat satu atau lebih gadjet dengan menggunakan semua batang lidi yang diberikan untuk membina dengan menggunakan tali untuk mengikat.
4.      Gadjet hendaklah kukuh dan stabil.
5.      Gadjet hendaklah dibawa bersama untuk ke checkpoint seterusnya.

Objektif :
1.      Memahirkan pelajar untuk menggunakan daya cipta dan kreativiti untuk menyelesaikan masalah.
2.      Dapat mengenalpasti tahap kecerdasan para pelajar dalam usaha menyelesaikan masalah.
3.      Mempertingkatkan kemahiran membina gadjet sebelum ini.

 AKTIVITI 9 : BERSUSUN BIAR 2, BERGERAK BIAR SAMA.

Masa : 15 minit.
Peralatan : -TIADA-

Prosedur :

1.      Fasilitator menerangkan cara melakukan aktiviti ini.
2.      Fasilitator akan menyebut “BERSUSUN BIAR 2, BERGERAK BIAR SAMA” dan pelajar dikehendaki memberikan jawapan bagi kenyataan ini.
3.      JAWAPANNYA ialah KAWAD
4.      Jika pelajar berjaya menjawab kenyataan ini, kumpulan tersebut dikehendaki mengutip sampah dikawasan sekolah sehingga penuh plastik yang disediakan dalam masa 5 minit, jika kumpulan tersebut tidak berjaya mengumpulkan sampah sepenuh plastik tersebut, kumpulan tersebut didenda untuk berkawad, dan sebaliknya jika mereka berjaya.
5.      Jika kumpulan tersebut memberikan jawapan yang salah, mereka dikehendaki berkawad dari satu kawasan yang ditetapkan.

Objektif :
1.      Menguji daya ketahanan para pelajar.
2.      Menguji kemahiran para pelajar berkawad.
3.      Membantu dan menggalakkan para pelajar untuk melakukan aktiviti pembersihan kawasan persekitaran daripada berlakunya pencemaran.

AKTIVITI 10 : SIMPULAN ABADI

Masa : 10 minit
Peralatan : tali kasut, neck tie

Prosedur :

1.      Fasilitator menerangkan cara bermain permainan ini.
2.      Ketua kumpulan dikehendaki memilih sampul yang diberikan.
3.      Fasilitator mengarahkan para pelajar untuk mengikut arahan gambar untuk memulakan ikatan yang disediakan. (tali kasut)
4.      Fasilitator mengarahkan hanya pelajar perempuan untuk melakukan aktiviti ini. (neck tie) dan pelajar lelaki hanya dibenarkan memberi arahan.
5.      Tunjuk kepada fasilitator.

Objektif :
1.      Memahirkan pelajar untuk menggunakan daya cipta dan kreativiti untuk menyelesaikan masalah.
2.      Dapat mengenalpasti tahap kecerdasan para pelajar dalam usaha menyelesaikan masalah.
3.      Menguji kepekaan pelajar dalam menyelesaikan masalah.


SEKIAN TERIMA KASIH... SELAMAT MENCUBA....

Sunday, June 1, 2014

FrOzEn vErSi bAhAsA MaLaYsIa~

Assalammualaikum w.b.t ... lama dah putera tak tulis apa-apa kan?
erm untuk kali ni.. putera nak kongsikan antara cerita fav putera dengan korang...
 cerita dia adalah ni la.. FROZEN...
yang speacial nya putera bagi yang versi Bahasa Malaysia punya...



Lirik Lagu BEBASKAN ~ MARSHA MILAN

Bebaskan bebaskan
tak dapat ku pendam lagi
bebaskan bebaskan
mulakan hidup baru

salju putih menutupi malam
tiasa jejak yang terlihat
kerajaan yang terasing dan akulah ratunya
hembusan bayu bak gelora jiwaku
puasku cuba tuk memendamnya

jangan sampai mereka tahu
harus menjadi yang diharapkan
lindungilah yang sebenar
kini aku

bebaskan bebaskan 
tak mampu bertahan lagi
bebaskan bebaskan
tidak seerti dulu
disini berdiri megah
bebaskan bebaskan
kedinginan tak pernah mengangguku

kini dapatku lihat jelas dari kejauhan
ketakutan terpendam telah dapat ku lepaskan
diatas kedinginan ku bernyawa lagi
kisah silam ku lepaskan tak mungkin ku sesali

bebaskan bebaskan 
tak mampu bertahan lagi
bebaskan bebaskan
tidak seerti dulu
disini berdiri megah
bebaskan bebaskan
kedinginan tak pernah mengangguku


macam mana nak tengok?? 
1. KLIK LINK ni... > ANNA & PERMAISURI SALJI~
2. kalau keluar iklan (http://adf.ly/) > KLIK SKIP AD..
klu tak da teruskn untuk menonton cerita... :)
3. SELAMAT MENONTON ANNA DAN PERMAISURI SALJI >.< 


Monday, December 23, 2013

SeNi DaN KrEaTiViTi

Hasil seni itu boleh hadir dalam pelbagai jenis karyanya.. dan ia hadir apabila minda mengeluarkan idea yang sangat kreatif..

Menurut Sigmund Freud, 

Beliau mengemukakan dua andaian tentang proses kreatif. 

Andaian pertama: penulis kreatif menghasilkkan karya mereka melalui dua jalan iaitu fantasi dan mimpi.

Andaian kedua: Proses kreatif terhasil dengan adanya hubungan diantara seks neurosis dan nasisme.

Kedua-dua andaian ini berkaitan dalam erti kata fantasi akan terhasil daripada dalam mimpi dan mimpi ini di dorong oleh hasrat yang tidak dipenuhi.

Freud menyamakan penulisan kreatif dengan kreativiti kanak-kanak untuk menjelaskan konsep fantasi. Fantasi dapat difahamkan dengan memerhatikan aktiviti imaginatif kanak-kanak.
Freud membezakan aktiviti imaginatif kanak-kanak dengan kegiatan penulisan kreatid.

Hal ini jelaslah melalui penyataannya, permainan kanak-kanak adalah sesuatu yang realistik sedangkan bagi penulisan kreatif fantasi adalah sesuatu yang imaginatif mimpi......

 dan terjemahannya akan mehasilkan sesuatu karya yang keluar dari minda kita...
akhirnya ini adalah di antara nya....

Dawai dan Alam Benda












Sumber gambar : Internet

Thursday, November 7, 2013

CoReTaN CuTi dEePaVaLi~


Assalammualaikum w.b.t.....

Rasanya lama dah kot putera tak mencoret kat blog ni... rasa macam tukar je semuabenda alah kat blog ni... hurm.. hati ni kalau diletakkan pada paras meter peratus pastinya berada pada takat 50-50.... entah lah... putera mulakan coretan ini dengan kata2 yang selalu kita dengar....


“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya tanya 
ke mana hilangnya sinar..rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...”

sememangnya benar dengan apa yang diperkatakan dalan kata2 tu... kita hanya merancang Dia yang merestuinya samada perkara tersebut berlaku atau tidak... sedih hati ini... putera cerita satu persatu... berkisarkan tentang kawan yang putera sendiri boleh labelkan sebagai

"Harapkan pagar, pagar makan padi"... 

putera just mintak tolong ckit je... sekarang ni situasi dia macam ni, dia tolong putera, putera pon tolong dia jugak.... tapi ingatkan boleh berahsia ckit... tapi dia bocorkan juga... nak kata hampeh punya kawan... sangat boleh kot... hurm... ni sebab hati punya rasa... erm...


pasal trip tu... putera akan usahakan jumpa fakulti untuk drop subject tu n try ambik sem depan...insyallah.. sekarang semua bergantung pada niat putera... niat baik insyallah akan dibalas baik.... amin~...
tapi tu la, setiap tindakan kita pastinya akan ada halangan... sabar sentiasa dihati... 
sebagai penaik semangat putera, harap si permaisuri hati selalu mendampingi diri ini dan diri ini selalu mendampingi si Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya, pemberi petunjuk sekalian coretan hidup ini.

Islam ini sangat cantik!
Allah s.w.t tetap menguji manusia, namun Allah s.w.t telah siapkan segala-galanya. Ibarat, Allah s.w.t melepaskan kita dengan bekalan, dan Allah s.w.t kan menguji kita dan Allah s.w.t hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang telah diberikan itu ataupun tidak. Iaitu bekalan ilmu... bagaimana ilmu itu digunakan untu meneruskan nikmat kehidupan yang dipinjamkan buat sementara...

Duniawi semua mengejar erti kehidupan. Manusia, karektor penjulang kehidupan supaya sentiasa bergerak dan terus bergerak. Ingat balik dengan kata2, "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain"... itu sahaja cukup untuk menggambarkan bahawa kehidupan ini banyak corak dan iramanya..... kalau lagu xdapat dipisahkan dengan iramanya, dunia pula takkan dipisahkan dengan keperitannya... > chewah siap berfalsafah g.. k la... setakat cni je kot.. lepas ni insyallah jari ini akan terus mencoretkan sesuatu...

Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk kepada semua hikmah yang di lalui... erm petang ni dah nak bertolak balik ke Tanjung Malim. Semoga selamat sampai ke tanah semenanjung demi meneruskan matlamat dan tujuan bagi mencapai cita2 selamat tinggal buat sementara waktu ye bumi saratok tahun depan kita jumpa lagi..insyallah..... adios~

Thursday, August 29, 2013

LiRiK LaGu : MuHamMaD Al aMeEn

Tajuk lagu                                           : Muhammad Al- Ameen
Komposer dan penulis lirik               : B.Nury

Penyanyi                                             : Rabbani & Datuk Siti Nurhaliza

Muhammad Al-Ameen gelaran terpuji
Dipercayai dan diyakini
Engkaulah cahaya bersinar gemilang
Membawa rahmat ke seluruh alam

Selawat dan salam
Ikhlas kami ucapkan
Untukmu junjungan yang tercinta

Rasa rindu berbunga
Mewangi harum mesra
Bila kasih padamu bersemi dijiwa

Ya Rasulullah Ya Habiballah
Kami mengharapkan syafaatmu

Pujian dan selawat
Kasih suci dilafaz
Kehadratmu Nabi kami sampaikan

Bersahutan bicara menagih ehsan rindu
Dari insan pilihan penghulu di syurga

Kau membawa risalah as-siddiq
Kau menyeru secara berTabligh
Kau menyebar bersendi Fatanah
Kau mendukung budaya Amanah

Membangunkan ummah sedunia

Perjuangan penuh cabaran
Berterusan tak pernah henti
Walaupun terhimpit terseksa
Jiwa raga engkau korbankan
Membela rahmat ke seluruh alam

Selawat dan salam
Ikhlas kami ucapkan
Untukmu junjungan yang tercinta

Muhammad Al-Ameen Insan istimewa
Allah dan malaikat berselawat
Mengangkat martabat manusia teragung
Kekasih Allah ikutan ummah

Alangkah gembiranya andai dapat bersama
Namun dikau kini sudah tiada
Hanya mukjizat mulia Al-Quran juga sunnah
Mutiara pusaka pengganti dirimu

Ya Habibi Ya Muhammad Ya Saidi al-Mustafa

Pabila mengenangkan sirah hidup baginda
Indah bagai rembulan yang bercahaya
Sinar barakahnya menyiram rasa bahagia
Hati yang manakah tak rasa syahdu




Wednesday, August 28, 2013

HoBi : Plants vs Zombies : Part I



Assalammualaikum w.b.t….

kali ni putera nak kongsikan tentang satu game yang nak dikatakan popular, sangat popular jugak la… alaaaaa, siapa yang tak kenal game Plants vs Zombies memang ada yang tak kena la tu… hahahahahaha boleh gitu??? Erm entah la… sebelum ni putera tak berminat sangat nak main mana2 game yang ada dalam laptop ni… tapi hari tu ( masa cuti semester 2 ) dah tak tau apa yang nak dibuat jadi game dalam laptop adik la jadi mangsa dan antara yang tiba2 pandai putera pandai berkenan adalah game ni… mula2 memang la macam ntah2 ape2 je game ni..tapi kalau dah start main tak boleh berhenti pulak tangan putera nak klik butang QUIT dia… hehehe bagi putera game ni macam menguji kita macammana nak atur strategi tuk mengalahkan si zombie…  Crazy Dave berpihak pada kita dan kita kena halang zombie dari masuk rumah dia… tu synopsis paling ringkas putera boleh bagi tuk game ni…. Hehe  kebanyakkan waktu terluang cuti hari tu game zombie lah jadi peneman dikala bosan….hehehe…. dan jangan jealous la korang sebab cer tengok piala yang putera dah dapat kat gambar kat bwah ni…hehehe jauh dah perjalanan…. Sebelum piala emas, kita akan dapat piala silver dulu… piala silver diorang bagi kalau kita dah  abis main mode adventure untuk kali pertama….dan pialan emas diorang bagi kalau kita dah abis main semua mode adventure, mini game, puzzles ngan survivals… xlupa gak dalam kita main nanti ada benda lain yang menarik diorang masa kita berlawan macam tanaman yang kita kena jaga (tapi kita kena beli garden la), coklat tuk bagi kat si siput yang bantu kita jaga tanaman yang Crazy Dave bagi….tapi selanjutnya putera akan celotehkan pada coretan putera Plants vs Zombies : Part II nanti ea… ni untuk pengenalan je…


Kali ni juga putera akan tunjukkan antara Zombies yang akan kita tewaskan...hahahahahahahah dah macam bunyi apatah…:P

semua zombie ni korang akan jumpa pada pertama kali korang main...

ni ketua diorang... dia akan keluar kat final setiap penghujung level adventure...

zombie ni akan keluar kalau korang menang kat level adventure buat kali yang kedua...
sabar la ea..

hehe owkey la... sampai kat cni dulu nanti akan bersambung pada part II..