Sunday, February 3, 2013

UpSi : PeRHiMpUnAn rAkYaT 1 mAlAySiA & JaMuAn mAkAn MaLaM

Assalammualaikun w.b.t.....
ni semua adalah Program Perhimpunan Rakyat 1 Malaysia yang bertempat di Padang Kampus Sultan Abdul Jalil, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak iaitu pada 5 Januari 2013...
erm.. akhirnya ada gak program yang putera boleh ikut setelah 5 bulan mengadap assignment... kebetulan masa ni dah habis kelas...dapat gak la pergi...siap ada jamuan makan lagi...

Program ini turut dihadiri oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' Muhyidin Hj Mohd Yassin dan pemimpin2 Barisan Nasional lain....


dengan niat nak sertai program dan bukannya nak berPOLITIK ye putera pergi...
dalam hati ni memang tak minat la politik2 ni... hehe

Perhimpunan ni kebanyakkan dihadiri oleh masyarakat sekitar Tanjung Malim, warga komuniti Proton yang berpusat di Proton City dan warga UPSI sendiri yang hadir juga mewakili kolej kediaman masing-masing (Kolej Kediaman Harun Aminnurashid-KHAR, Kolej Kediaman Ungku Omar-KUO, Kolej Kediaman Za'ba-KZ dan Kolej Kediaman Aminuddin Baki-KAB)... tak lupa juga dengan kehadiran tetamu dari kaum orang asli.


 suasana di bahagian tempat duduk tetamu dari kaum orang asli..

tpm sendiri yang turun ke tempat agihan makanan, beliau menyeduk makanan untuk diberikan kepada para tetamu yang hadir pada malam itu.





hurm...ini antara gelagat tpm menyeduk makanan untuk diberikan kepada masyarakat yang hadir pada malam tersebut...
lihatlah muka2 masyarakat yang gembira dengan kehadiran tpm ke majlis perhimpunan ini...
putera lagi gembira sebab dapat berada dihadapan tpm sendiri untuk ambil gambar ini...bangga rasanya...

malam tersebut turut dimeriahkan lagi dengan persembahan dari artis tempatan... kumpulan The Fabulous Cats..tapi yang putera tengok malam tu xda pun kelibat Zizi, Bunga dan Adeep Nahar...masih 4 orang tapi diganti dengan Afif AF9 dan dua laki putera tak kenal...*lama sangat dah tak tengok tb...hehe

ni kumpulan yang datang malam tu...tapi latar belakang bukan di tempat malam tu...hehe
diorang persembahkan dua buah lagu..


antara gambaran persembahan mereka....
nanti putera upload video persembahan diorang...


putera bergambar dengan Afif AF9 dan Cat Farish...

kawan putera, Azri Dolah (FB) dengan salah seorang ahli kumpulan diorang...

ni antara gambran lain suasana program malam tu...





putera xtau bila program malam ni tamat...sebab habis je persembahan The Fabulous Cats putera terus balik..pengacara malam tu ada bagi tau yang malam tu turut dihadiri oleh abang Jamal Abdillah...tapi masa memang tak mengizinkan jadi putera terpaksa balik....

apa yang penting kepuasan melanda diri...hehe...

Thursday, January 17, 2013

KaRyA SeNi

Assalammualaikum w.b.t.....
erm putera rasa peminat seni halus pasti pernah nampak hasil karya ini yang dilukis secara real...
tapi pada dasarnya putera terasa bagaikan tertarik dengan lukisan seni ni... dan putera ada terjumpa di Pasar Seni yang dijual dengan harga RM350++ (mengikut jenis bahan)....








cuba tengok karya serupa yang putera jumpa di Pasar Seni hari tu....



Wednesday, January 16, 2013

ILmU : pUpUk kReAtIvItI Si kEciL


Barangkali ramai yang mengatakan kreativiti dalam kalangan kanak2 sebagai bakat semualajadi, sama ada mereka memilikinya atau sebaliknya. Sebagaimana diketahui, tidak semua kanak2 itu sama bijak, kanak2 juga tidak sama tahap kreativiti mereka.

Tetapi sebenarnya, kreativiti lebih kepada satu kemahiran berbanding bakat semula jadi. Hal ini bermakna, ia satu kemahiran berbanding bakat semulajadi dan dari itu ibubapa boleh memupuk kemahiran tersebut.

Dalam setiap yang kita lakukan, kreativiti adalah satu kompenen penting, malah merupakan satu kemahiran teras untuk dilatih bersama si kecil.

Tambahan pula, kreativiti tidak terhad kepada luahan artisitik dan muzik, tetapi juga penting untuk kecerdasan dalam bidang sains, matematik, sosial dan emosi.

Lazimnya, orang yang kreatif lebih fleksibel dan bijak menyelesaikan masalah yang menjadikan mereka lebih mudah menyelesaikan diri dengan kemajuan tekjnologi serta menangani sesuatu perubahan.


 Ramai penyelidik percay masyarakat kini banyak mengubah pengalaman kanak2 yang membantukan perkembangan kreativiti mereka. barang permainan contohnya dihasilkan dengan pelbagai aksesori sehinggakan si kecil tidak perlu menggunakan imaginasi mereka. Misalnya, mereka tidak perlu lagi membayangkan sebatang kayu sebagai pedang bercahaya kerana banyaknya pedang permainan yang dilengkapi pelbagai alat di pasaran.

Justeru, ada bebrapa cara untuk memupuk kreativiti dalam kalangan anak2 misalnya;
  • sediakan persekitaran yang membolehkan anak2 meneroka dan bermain tanpa kekangan.
  • sesuaikan diri dengan idea dikemukakan si kecil, bukannya mengubah ideamereka untuk disesuaikan dengan kehendak orang dewasa. apabila anak2 bercakap mengenai ideamereka, biarkan mereka meneroka pelbagai kemungkinan, daripada idea popular sehinggalah ide tulen mereka sendiri.
  • menyelesaikan masalah secara kreatif. anda boleh mengambil contoh masalah yang berlaku secara semulajadi setiap hari dan beri peluang kepada si kecil itu menyelesaikannya secara kreatif.


Tuesday, January 15, 2013

MaSa iTu eMaS : PaSaR SeNi

erm hari tu...13 Januari 2013, putera pergi ke Kuala Lumpur dengan dua matlamat....

1. menghantar printer ke rumah cousin sebab takut hilang...
2. menghantar kawan balik ke tanah Borneo (balik cuti sem)...
3. mencari tempat untuk putera bawak insan yang tersayang putera pergi jalan2 nanti...target MASJID JAMEK- Pasar Seni & India Street...

jadi sempat la singgah2 kat tempat2 tu... ni antara gambar yang putera bersama kawan2 berjalan2....

JOM KITA TENGOK APA YANG ADA DI >>> Pasar seni....

pintu utama Pasar Seni...(kali ni bertemakan Tahun Baru Cina)







ni kawan putera nama dia Aslan Sellang... 'berehat sebentar minum air kelapa muda dan kelapa laut'..
yang ni pulak hasil karya2 seni yang terdapat di pasar seni....(sebahagian sahaja)






sempat jugaak si Aslan ni.....


putera bersama roomates Azri Dolah...










banyak betul minyak wangi ea...
erm...putera rasa diri ini terlalu jauh dan terlalu KERDIL melihat karya2 seni yang pelukis2 kat pasar seni ni hasilkan... bila agaknya putera boleh sampai ke tahap tu ye??? Doakan ketabahan putera menimba ilmu di Universiti Pendidikan Sultan Idris ye... AMIN...

ZaMaN kAnAk2 (Part 1) : DiGiMoN

Putera tahu antara korang2 yang selalu view blog putera mesti ada yang pernah tengok dan gemar dengan citer kartun lama.... dalam misi kali ni... putera sedang mencari kartun lama (sangat lama) frooties dan yoogies... tapi kali ni putera bagi review cerita kartun DIGIMON ea....

Siri Pertama DIGIMON ADVENTURE ( Digital Monster )

Siri Kedua DIGIMON ADVENTURE ( Zero 2 )

Siri Ketiga DIGIMON TAMERS

Siri Keempat DIGIMON FRONTIER

Siri Kelima DIGIMON DATA SQUAD

Siri Kelima DIGIMON FUSION