Assalammualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.....
erm kali putera sendiri rasanya nak mencoret kat post kali ni....
rasa2nya ada tak pembaca blog ni ea?
tapi tak pe la ea... yang penting mula2 putera nak buat blog ni atas dasar nak kongsi segalanya apa yang putera nak kongsikan....
kali ni nak citer pasal
"TAMATNYA ZAMAN PERSEKOLAHAN"
selepas mengakhiri zaman persekolahan putera yang sentiasa berpindah randah... akhirnya putera berjaya tamat sekolah sebagai seorang pelajar Pra-u SMK (BM) Saratok, Sarawak.....
banyak perkara yang putera lalui sebaik sahaja bergelar seorang belajar... dari A sampai Z, dari 0 hingga 9, segala operasi matematiknya lagi... sejarah... kebudak sains tulennya... last2 kembali ke dunia realiti putera sekarang telah menjadi budak seni... SENI.. benda dan bidang yang putera sendiri suka....fuhhh jenuh semua perkara nak dibelajar...disekolah juga bibit percintaan itu berlaku.... hehe mesti ada punya la tak kira siapa pun status korang... erm... pasal percintaan putera akan citer len kali...pa yang penting...banyak benda yang putera belajar semasa di sekolah... ingatlah adek2 yang membaca coretan ini belajarlah selagi termampu untuk belajar...
RINDU ZAMAN SEKOLAH...
erm... secara jujur memang putera rindu sangat dengan zaman persekolahan. memang benar kata orang perihal macam ni akan berlaku..."masa sekolah nak cuti, masa cuti tertanya2 bila nak sekolah... sekarang dah habis sekolah pandai teringin nak ke sekolah balek...." hehe dunia memang pelik kan??
tapi itulah lumrah dunia...dunia tetap dunia...rindu ni membawa banyak erti untuk putera.... rindu dengan buku teks...rindu dengan che gu... rindu dengan suasana kelasnya... rindu dengan tempat perjalan kaki yang sentiasa berbunga... dari sekolah buruk ke sekolah cantik, dari budak biasa sampailah putera jadi ketua pengawas, dari xpandai bercinta sampai hati ini berjaya dimiliki oleh seseorang juga....harap2 coretan ini dibaca oleh si comel tu.... rindu juga masa date kat sekolah dengan si comel dulu... upss "si comel" nanti putera citer yang selebihnya...
kini putera telah melanjutkan pelajaran ke peringkat uniiversiti....
~salam mesra ilmu.
Saturday, January 5, 2013
Cerita dari Syurga (Part 2)
Tuk! Tuk! Abang Bisu Bercakap.
Cukup serba serbi tak bermaksud dapat melakukan semua perkara. Cukup normal belum pasti menyentuh hatu manusia.
Prinsip hidup mengingati dan diingati
>> Abang Bisu tidak memaksa dirinya 'bercakap' suapaya diingati. Cukuplah perbuatan yang muncul pada waktu memerlukan sudah memberi kesan mendalam kepada orang lain. Baik berbentuk analogi, tulisan, mahupun perbuatan.
Friday, January 4, 2013
Cerita dari Syurga (Part 1)
Teh pengaruh, Semakin Diteguk Semakin Di ingati.....
"Hakikat kematian menunjukkan, ingatan itu berpanjangan ataupun separuh jalan..."
PRINSIP Hidup mengingati dan di ingati...
Kami
sudah berjiran hamper dua tahun, tetapi berbual lama. Kebetulan, hari itu cuti
umum. Saya melihat dia duduk dihadapan rumah seorang diri.
Lambaian tangan saya disambut senyuman manis. Dia memanggil
sayaa denga bahasa tanganya. Itu pertama kali saya ke rumahnya selepas dua
tahun disini.
Dia mempelawa saya menikmati segelas air suam yang
dihidangkan. Saya yang datang sebagai tetamu dirumahnya pada petang itu berasa
kekok dan janggal dengan layanan yang diberi.
Apakah tetamu dihidangkan dengan segelas air suam sahaja?
Dia dapat melihat kejanggalan yang terpamer pada wajah
dan gerak tubuh saya.
Dia tersenyum sahaja, “Jemputlan minum air itu,”
pelawanya tanpa mempedulikan respons saya.
“Mahu air teh? Saya boleh sediakan.” Dia bertanya samba melihat
saya meminum hampir separuh gelas air suam.
Saya mengangguk. “ Boleh sahaja.”
Dibuka pek yang mengandungi 12 uncang teh. Dimasukkan satu
uncang ke dalam cawan. Air panas dicurah perlahan. Bau teh dan tekstur warnanya
kelihatan jelas. Saya sudah tidak sabar menikmati the yang dihidangkan.
“Silakan,” dia mempelawa saya minum bersama.
Sekali lagi saya berasa aneh dengan sikap jiran ini. Dia mempelawa
minum teh, tetapi tidak memasukkan sesudu gula sebagai pemanis. Mungkin dia
menyangka tetamunya menghidap penyakit kencing manis. Mungkin kerana itu dia
mempelawa saya minum air suam dan teh tanpa gula.
Jiran itu kemudian bertanya, “Mahu gula?”
“Ya, sesudu sudah mencukupi,”balas saya. “Aduh, barulah
terasa enak hidangan teh ini,” kata saya sambil menghirup perlahan-lahan.
“Sekiranya mahu rasa enak, campur sedikit susu cair. Ia tidak
manis, tetapi teh susu cair lebih pekat tanpa rasa manis keterlaluan,”
pelawanya.
Jawab saya segera, “Ya, benar. Itulah resepi di
warung-warung kopi,” sambil menyuakan cawab unutuk diisikan sedikit susu cair.
Selesai minum teh, kami kembali berbincang. Walaupun kami
lama berjiran, tetapi kami jarang bertemu muka. Makin lama makin dilupai
sekiranya tidak bertegur sapa.
“Bagaimana cara supaya kita sentiasa diingati?” Saya
bertanya apabila mengenangkan sekiranya dia berpindah dan saya bertemu jiran
baru pula selepas ini.
Dia menjawab dengan bertanyakan soalan, “Saya pelawa
tetamu saya sekadar air suam, kemudian teh tanpa gula. Kemudian saya isikan
gula sedikit dan sedikit susu cair. Apa perasaan sauadari?”
Saya menjawab, “Sudah
pasti semakin lama rasanya semakin sedap. Mula-mula tawar, kemudia manis
sedikit, dan rasa lemak susu cairnya.” Tangan kanan saya msih memegang cawan
yang berisi.
“Jiranku, begitulah diri kita akan diingtai,” kata wanita
itu.
Dahi saya berkerut, tidak dapat memahami maksudnya.
“Bagaimana?”
“Ingatan seseorang dating daripada pelbagai sumber. Apakah
diadun seimbang semua sumber itu, semakin kuat, matang dan semakin mendalam
ingatan itu. Ia tidak berdiri tanpa unsur-unsur lain yang dating melengkapinya.
Ingatan kita kepada seseorang yang kosong isinya, rasanya samalah seperti air
suam tadi. Ingatan yang matang dan mantap isinya, samalah seperti secawan teh
yang lengkap segala macam isinya,” jawabnya panjang lebar.
Saya bertanya dalam nada jenaka,”Dari mana datangnya gula
dan susu yang memekatkan lagi adunan teh ingatan?”
Dia mengeluarkan sekeping kertas dan dilakarkan sebuah
imej, sama seperti gelas. Dibahagikan isi gelas itu kepada beberapa bahagian.
Kemudian, dia memberi tujuh pesanan penting kepada
tetamunya sambil mengetuk mata pen lakarannya, “Ketahuilah saudaraku, ingatan
kita kepada seseorang berkembang kerana adanya mana-mana tujuh ciri ini.”
Ilmu
pengetahuan
|
Rekod kejayaan
|
Pengalaman
|
Kebolehan
|
Rangkaian
|
Gerak hati
|
Karakter
|
Wanita itu menghirup
sedikit air daripada gelasnya dan memandang saya, “Masih ingat nama guru
saudari di sekolah?”
Segera saya mengiakan, “Sudah pasti meskipun sudah 21
tahun saya meninggalkan sekolah. Namanya Cikgu Rejab, guru yang mengajar kami
subjek sejarah.”
Mengapa kamu mengingati namanya sehingga sekarang?” soal
wanita itu.
Balas saya, “Saya mengingati kerana dia menjadikan saya
teruja dengan subjek sejarah yang saya sangkakan susah dihadanm oleh fikiran. Malah,
saya masih ingat formula mengingati tarikh yang diajarnya.”
“Bukankah pengetahuannya menjadikan dia diingati sehingga
sekarang?” soalnya lagi.
Saya terdiam.
Wanita itu menigisi cawan saya yang sudah kosong. Kemudian
dia memohon izin, “Boleh saya bertanya lagi?”
Saya mengangguk.
“Masih ingatkah siapakah orang pertama yang menjejaki
bulan?”
“Masih ingat siapakah orang pertama yang mencipta
telefon?”
“Masih ingatkah siapakah Ibnu Sina?”
“Beliau adalah tokoh perubatan Islam, dikenali sebagai
Avicenna di Eropah. Buku perubatan beliau, (Al-Qanun
Fit-Tibb) menjadi rujukan.
“Bagaimana kamu dapat mengingati semua ini?”
“Sudah pasti kerana kejayaan mereka.” Yakin jawapan yang
saya berikan.
Wanita itu mengangguk, menunjukkan perkataan pengetahuan
dan kejayaan pada lakaran. Kemudian, dia menunjukkan kelima-lima jarinya,
maksudnya ada lima lagi tidak dihuraikan.
Wanita itu kembali bersuara, “Jiranku, dalam kehidupan
ini, kita akan bertemu dengan orang yang mempunyai ciri-ciri ini. Itu baru dua,
belum selebihnya. Lihat dan renugkan . pelajari dan ambilsebagai pelengkap. Mudah-mudahan
dalam diri berkembang menjadipemudah cara hidup kita dengan orang lain.”
Sebaris
senyuman daripadanya yang menunjukkan keyakinan yang saya dapat lakukannya.
Belum lama senyuman itu dibibir, cepat-cepat dia
menyambung, “Ingatan itu tanda kita juga berpengaruh.”
>> manusia dingati kerana tujuh perkara. diingati kerana ilmu pengetahuan, rekod kejayaan yang dikecapinya, pengalaman terdahulu, kebolehan yang mencipta keterujaan, rangkaian yang dikenali, kebolehan yang mencipta keterujaan, rangkaian yang dikenali, karakternya yang menarik, dan gerak hati yang mengatakan, " Ada sesuatu yang menarik berkenaan dirinya..."
Thursday, January 3, 2013
SiApAkAh rAKaN yAsInKu?
Rakan yasinku,
Setia berkata dalam bisuku,
Kerana kau setia dalam hidupku.
Rakan yasinku,
Aku tahu Tidurku panjang,
Kau datang kau ziarah,
Maaf tidur panjangku tidak dapat kuputuskan seperti dahulu.
Rakan yasinku,
Dekat pada diriku,
Dekat menyentuh rohku,
Dalam jaga dan tidur kau bersamaku.
Rakan yasinku,
Rakan senyum dunia,
Rakan senyum hidup,
Rakan senyum tanpa kosong.
Apa aku punya rakan yasin,
Atau ada rakan lagu dan nada sahaja,
Buat ketawa buat gembira,
Terisi gembira dunia,
Tetapi lenaku sunyi sahaja,
Rakan yasinku,
Dalam hidup aku mencarimu,
Garis akhiran baru kutahu.
sumber daripada : Cerita dari Syurga
Sunday, December 30, 2012
ESTETIK + KEINDAHAN + ESTETIKA
ESTETIK.
- mengetahui tentang kecantikan atau keburukan sesuatu karya yang berpandukan falsafah ilmiah.
- lebih kepada pembacaan, pengayaan, penglihatan dan pengamatan visual.
ESTETIK-ESTETIKA
- ilmu mengkaji tentang apa2 keindahan (benda2 cantik)
- keindahan itu ialah seperti perasaan nyaman, tenteram, aman, seronok, dan puas yang terbit dari dalam hati apabila memandang sesuatu yang indah seperti sebuah
- catan.
- arca.
- bangunan.
- teater.
- musik.
- foto dan sbg. > secara mudahnya. estetik meliputi semua perkara yang mampu menarik perhatian audiens
- setiap budaya mempunyai keindahan pandangan yang tersendiri (dirungkai oleh seniman dan golongan cerdik pandai.
- kebanyakkan nilai estetik ini dapat dilihat pada penulisan (Tulisan)
ESTETIKA YUNANI KLASIK ANCIENT
(ARISTOTLE)
ARISTOTLE (384-322 B.C)
Terdapat 4 prinsip yang dikenalkan oleh aristotle kepada dunia.
- MIMEMIS > yakni MENIRU (IMITASI) - bagi mendapatkan keserupaan dalam penglihatan dan pengamatan. Hal ini berTUJUAN untuk merakam dan mendapatkan tentang keserupaan dalam melakukan MIMEMIS.
- ACTION > yakni PERGERAKKAN - ditunjukkan oleh pelakon (teater), watak arca (arca), watak dalam lukisan, catan dan sbgnya. Contohnya ~ Lukisan watak yang sedang melepaskan diri daripada belitan seekor ular.
- JALINAN NARATIF > yakni URUTAN CERITA - terdapatnya adegan permulaan -> pertengahan -> adegan terakhir. setiap persembahan mesti mempunyai PLOT, WATAK BAIK, WATAK JAHAT, SUASANA PERTARUNGAN, PENCERITAAN yang TERSUSUN dan SUARA CERMINAN WATAK.
- CATHARSIS > pemerhati/penonton mengalami perasaan puas + lega selepas menonton/memerhati suatu cerita, teater dll. (berkaitan dengan perasaan yang hadir pada masa mengamati sesuatu perkara). Untuk mendapatkan CATHARSIS, terdapat 6 syarat yang dikemukakan oleh ARISTOTLE:
- BALANCE - keseimbangan
- NATURALNESS - kesambilan, secara semulajadi
- FUNCTIONAL - kegunaan
- CENTRALITY - pemusatan
- SEQUENCE - kesinambungan
- ORDELINES - kekemasan, ketersusunan
contoh2 karya yang dimaksudkan.
4 PRINSIP:
Thursday, March 17, 2011
Thursday, February 3, 2011
PEMBUNGKUSAN
Pembungkusan adalah ilmu, seni dan teknologi yang dilindungi atau melindungi produk untuk edaran, simpanan, jualan, dan digunakan. Pembungkusan juga merujuk pada proses reka bentuk, penilaian, dan pengeluaran pakej. Pembungkusan dapat digambarkan sebagai sistem terkoordinasi barang mempersiapkan untuk pengangkutan, pergudangan, logistik, penjualan, dan penggunaan akhir. bungkusan berisi, melindungi,memelihara, mengangkut, memberitahu, dan menjual. Di banyak negara sepenuhnya terintegrasi ke dalam pemerintahan, perniagaan, institusi penggunaan, industri, dan peribadi.
Selain itu, Pembungkusan juga bekas untuk melindungi dan memelihara kualiti sesuatu barangan semasa dihantar, disimpan atau dipamerkan.
Sejarah
Konsep pembungkusan telah wujud sejak manusia mula berniaga. Setelah zaman industri di Eropah pada sekitar 1970-an, Pembungkusan telah wujud dan telah menjadi satu bidang perdadangan yang penting. Bermula sejak zaman prasejarah lagi dimana manusia menyimpan stok makanan. Contohnya..kulit kekabu, cengkerang, dan daun digunakan untuk menyimpan makanan. Kemudiannya, diperbaharui dengan lohong kayu, anyaman rumput dan daun,serta dari organ binatang seperti belulang. Penggunaan kertas sebagai satu kaedah pembungkusan bermula pada abad ke 2 sebelum masihi di China. Kadbod komersial pertama dihasilkan di England pada tahun 1817.
Pembungkusan mengalami dua zaman yang berbeza iaitu tradisional dan moden. Contohnya pembungkusan tradisional adalah terdiri daripada pembungkusan daripada daun kelapa, daun palas, daun pisang, daun pandan, daun mengkuang, daun getah, daun pandan, daun ketapang, buluh kulit binatang seperti kambing, kayu, dan juga tanah liat.
Manakala pembungkusan zaman kini, zaman pembungkusan moden lebih terdiri daripada medium kertas, aluminium, kaca, plastik, polsterina dan banyak lagi. Pembungkusan moden mempunyai prinsip – prinsip asas yang digunakan sebagai rujukan pembuatan reka bentuk pembungkusan sesuatu produk. Antaranya adalah meliputi aspek bentuk dan jenis pembungkusan, rekaas ilustrasi dan foto, penentu warna, pemulihan muka taip, dan gubahan reka letak sesuatu produk tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)














