Thursday, November 7, 2013

CoReTaN CuTi dEePaVaLi~


Assalammualaikum w.b.t.....

Rasanya lama dah kot putera tak mencoret kat blog ni... rasa macam tukar je semuabenda alah kat blog ni... hurm.. hati ni kalau diletakkan pada paras meter peratus pastinya berada pada takat 50-50.... entah lah... putera mulakan coretan ini dengan kata2 yang selalu kita dengar....


“Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya tanya 
ke mana hilangnya sinar..rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi...”

sememangnya benar dengan apa yang diperkatakan dalan kata2 tu... kita hanya merancang Dia yang merestuinya samada perkara tersebut berlaku atau tidak... sedih hati ini... putera cerita satu persatu... berkisarkan tentang kawan yang putera sendiri boleh labelkan sebagai

"Harapkan pagar, pagar makan padi"... 

putera just mintak tolong ckit je... sekarang ni situasi dia macam ni, dia tolong putera, putera pon tolong dia jugak.... tapi ingatkan boleh berahsia ckit... tapi dia bocorkan juga... nak kata hampeh punya kawan... sangat boleh kot... hurm... ni sebab hati punya rasa... erm...


pasal trip tu... putera akan usahakan jumpa fakulti untuk drop subject tu n try ambik sem depan...insyallah.. sekarang semua bergantung pada niat putera... niat baik insyallah akan dibalas baik.... amin~...
tapi tu la, setiap tindakan kita pastinya akan ada halangan... sabar sentiasa dihati... 
sebagai penaik semangat putera, harap si permaisuri hati selalu mendampingi diri ini dan diri ini selalu mendampingi si Dia yang Maha Berkuasa dan Maha Mengetahui segalanya, pemberi petunjuk sekalian coretan hidup ini.

Islam ini sangat cantik!
Allah s.w.t tetap menguji manusia, namun Allah s.w.t telah siapkan segala-galanya. Ibarat, Allah s.w.t melepaskan kita dengan bekalan, dan Allah s.w.t kan menguji kita dan Allah s.w.t hendak tengok, apakah kita pandai menggunakan bekalan yang telah diberikan itu ataupun tidak. Iaitu bekalan ilmu... bagaimana ilmu itu digunakan untu meneruskan nikmat kehidupan yang dipinjamkan buat sementara...

Duniawi semua mengejar erti kehidupan. Manusia, karektor penjulang kehidupan supaya sentiasa bergerak dan terus bergerak. Ingat balik dengan kata2, "Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain"... itu sahaja cukup untuk menggambarkan bahawa kehidupan ini banyak corak dan iramanya..... kalau lagu xdapat dipisahkan dengan iramanya, dunia pula takkan dipisahkan dengan keperitannya... > chewah siap berfalsafah g.. k la... setakat cni je kot.. lepas ni insyallah jari ini akan terus mencoretkan sesuatu...

Semoga Allah s.w.t memberi petunjuk kepada semua hikmah yang di lalui... erm petang ni dah nak bertolak balik ke Tanjung Malim. Semoga selamat sampai ke tanah semenanjung demi meneruskan matlamat dan tujuan bagi mencapai cita2 selamat tinggal buat sementara waktu ye bumi saratok tahun depan kita jumpa lagi..insyallah..... adios~